Wednesday, August 28, 2013

Usaha Siapa Malayan Union Dibatalkan ?

Semasa di sekolah, kita diajar bahawa "pembatalan" Malayan Union adalah hasil jasa UMNO. Tetapi setelah dewasa kita tertanya tanya apakah cerita sebenarnya.

1926, Tan Cheng Lock menuntut British mewujudkan kerajaan pusat bersistem demokrasi, sebagai persediaan "nation building" untuk mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British. 

Tuntutan demi tuntutan ditolak oleh British, khasnya oleh puak Frank Swettenham.

1941-1945, Penjajahan Jepun, Perang Dunia ke-2. Kedaulatan Raja raja Melayu dilucutkan.

4 Sep 1945, Jepun surrender. Penjajah British dijemput masuk dengan sambutan upacara meriah oleh Raja raja Melayu dengan harapan menjalinkan semula perjanjian pra-perang mereka. 

(Pada pandangan rakyat, British ialah penjajah. Tetapi pada pandangan Raja, lain cerita ya.)
Okt 1945, British bercadang menubuhkan Malayan Union.


1 Mac 1946, UMNO ditubuhkan. Bukan semua orang melayu menyokongnya.


1 April 1946, Malayan Union dirasmikan oleh British setelah mendapat persetujuan Raja raja Melayu!!


April 1946, Rundingan *tertutup* antara British, UMNO, dan Raja raja Melayu. Kumpulan kumpulan lain tidak dipedulikan. Kandungan Rundingan: Top secret. 

Hasil rundingan: Tiada langkah menuntut kemerdekaan. Kedaulatan Raja melayu akan dikembalikan. Malayan Union diteruskan. 

Mewujudkan Perlembagaan British-UMNO untuk menubuhkan Federation of Malaya kelak.

Dis 1946, Putera-AMCJA ditubuhkan, gabungan rakyat multi-kaum. UMNO tak masuk gabungan ini. 

Putera-AMCJA membantah proposal Perlembagaan British-UMNO dan menuntut kemerdekaan untuk Malaya. 

Membentangkan Perlembagaan Rakyat dengan 10 point utama; Singapura disatukan dengan Malaya, Kedaulatan dan hak istimewa Raja dikekalkan, satu nasionaliti Malayan diwujudkan, Majlis anti-diskriminasi kaum ditubuhkan, Bahasa Melayu rasmi, mewujudkan kerajaan pusat melalui pilihanraya, ...

20 Okt 1947, protes besar-besaran Hartal SeMalaya dianjurkan oleh Putera-AMCJA. Menentang penjajahan dan Perlembagaan British-UMNO yang akan digunakan oleh Federation of Malaya.
1 Jan 1948, perasmian Federation of Malaya terpaksa ditunda kerana bantahan rakyat Malaya yang bergabung dalam Putera-AMCJA. 

1 Feb 1948, Malayan Union digantikan dengan Federation of Malaya, yang berasaskan Perlembagaan British-UMNO. Siapa kata Malayan Union dibatalkan?

18 Jun 1948, Darurat diisytiharkan. Putera-AMCJA diharamkan. Lebih 20,000 rakyat Malaya dimasukkan ke penjara, ada juga yang dibuang negara.

1951, Onn Jaafar keluar UMNO. Dalam ucapan terakhirnya, beliau berkata "Melayu dalam bahaya" tetapi tidak menyebut sebab musababnya. Jaafar kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya, yang terbuka kepada semua kaum untuk berjuang demi kemerdekaan.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.