MELAKA, 28 Ogos -- PATRIOTIK ... Kakitangan swasta, Raja Putra Sang Nila Utama Tengku Mohd Rafiee,
30, menunjukkan semangat patriotik dengan memasang Jalur Gemilang dan
bendera negeri di keretanya ketika ditemui di Taman Reakreasi Bukit
Serindit di sini hari ini.
Beliau membelanjakan RM200 bagi menghiasi keretanya dengan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan kenikmatan, keamanan dan kemakmuran negara yang merdeka sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 pada 31 Ogos ini.
Sambutan hari kemerdekaan tahun ini bertemakan 'Malaysiaku Berdaulat:Tanah Tumpahnya Darahku' yang lebih menjurus kepada perpaduan dan berorentasikan patriotik.
--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.