Tuesday, July 30, 2013
Panas! Najib .. kau janji apa dengan bekas tentera ini??? Jawab!!
Selama ini Najjib kata janji ditepati .. rakyat didahulukan ... tapi bila dia dapat mandat sekali lagi, janji semakin dilupakan ..
Biarpun gembira di sebalik menerima sumbangan perayaan daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bekas tentera di negeri ini mengakui terkilan apabila janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum terlaksana sehingga ke hari ini.
Salah seorang bekas tentera, Sarjan (B) Ahmad Tarmizi Khalid berkata, janji dibuat sempena Perhimpunan Raksasa Bekas Tentera Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 Oktober 2010 lalu.
Katanya, pada perhimpunan berkenaan Najib berkata pihak kerajaan akan melaksanakan pemberian sara hidup serta pampasan bagi semua bekas tentera yang mengalami kecederaan ketika bertugas.
“Kami (bekas tentera) masih menunggu pelaksanaan dua perkara berkenaan yang disuarakan Perdana Menteri pada perhimpunan bekas tentera tiga tahun lalu.
baca lanjut ..
“Kami juga berharap agar perkara ini diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan selaras dengan slogan rakyat didahulukan yang dilaungkan,” katanya
Ahmad Tarmizi berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Yayasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Peringkat Negeri Perak 2013 di sini.
Difahamkan, Ahmad Tarmizi kehilangan sebahagian kaki kanannya setelah terpijak jerangkap samar ketika mengikuti satu operasi di Gopeng sekitar 1976 lalu.
Sementara itu, Ahmad Tarmizi turut berkata kebanyakan golongan bekas tentera merasa agak terkilan dengan pemberian RM5,000 kepada anggota keselamatan yang cedera pada Ops Daulat di Lahad Datu, baru-baru ini.
Katanya, jumlah berkenaan agak jauh bezanya dengan golongan bekas tentera yang sekadar menerima RM500, itu pun pada majlis-majlis rasmi yang dianjurkan oleh JHEV ATM.
“Kami agak terkilan dan berharap agar ia turut diberi perhatian oleh pihak kerajaan demi menjamin kesejahteraan hidup golongan bekas tentera di negara ini,” katanya.
Pen Buruk Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.