TAPAH- Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mahu pindaan
perlembagaan parti membenarkan pemilihan terbuka jawatan kuasa
peringkat bahagian, pusat serta Majlis Tertinggi (MT) Umno dijadikan
semangat kepada mereka untuk terus mengukuhkan parti.
Katanya, pindaan itu tidak seharusnya menjadi lesen untuk merebut jawatan tertinggi dalam parti itu selain mahu anggota serta pemimpin Umno menjaga maruah parti.
Beliau harap anggota parti pilih yang layak dan mereka mahu bertanding itu juga yang betul-betul layak untuk kerusi atau jawatan yang dipertandingkan,.
Khairy berkata, apa yang lebih penting ialah sesiapa yang menjadi calon perlu bertanding secara sihat dengan semangat ‘kekeluargaan Umno’.
“Kita (Umno) buat pindaan perlembagaan untuk wujudkan satu pemilihan parti yang lebih demokratik, telus serta mencegah politik wang. Saya harap sesiapa yang bertanding, ikutlah prinsip yang dikehendaki parti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Ihya Ramadan Parlimen Tapah di Masjid Al-Mukmin, Batu Tiga di sini, malam semalam.
Hadir sama, Ahli Parlimen Tapah, Datuk M Saravanan; Adun Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hasan; Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Ketua Pemuda Umno Negeri, Khairul Azwan Harun.
Pada mesyuarat MT Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mengumumkan tarikh pemilihan jawatan MT akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Oktober.
Lebih 150,000 perwakilan Umno daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti tahun ini, berbanding hanya 2,500 sebelum ini.
Sementara itu, pemilihan jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diadakan secara berasingan pada 28 September dan Perhimpunan Agung Umno akan diadakan dari 2 hingga 7 Disember.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pemilihan juga tidak perlu dicemari serangan peribadi serta strategi kotor oleh mana-mana calon atau penyokongnya demi maruah serta pengukuhan parti.
Ketika ditanya akan mempertahankan jawatannya sekarang atau bertanding jawatan dalam MT, beliau masih belum membuat keputusan.
“Tidak tahu lagi, kita tengok nanti, mungkin saya akan kekal untuk pertahankan (jawatan) ketua Pemuda atau mungkin saya bertanding jawatan lain atau saya tidak bertanding ,” katanya.
- sinarharian.com.my

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=75942:kj-pemilihan-umno-bukan-lesen-rebut-jawatan&Itemid=2#ixzz2aZMgZSWc
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.