Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) menafikan laporan portal Free Malaysia
Today (FMT) memetik dirinya berkata suspek yang terlibat dalam kes
cubaan bunuh Pengerusi Mywatch, R. Sri Sanjeevan merupakan rakannnya
sendiri.
Menurut Ketua Polis Negara (KPN) itu, ketika sidang media berlangsung
semalam beliau langsung tidak menyebut tentang suspek tersebut.
"Dalam sidang media semalam saya tidak pernah
mengatakan Sanjeevan dibunuh oleh rakannya sendiri, laporan dari FMT itu
tidak benar, katanya melalui akaun Twitter milik beliau.
"Sebelum membuat pelbagai andaian biar kami siasat kes ini sehingga kami
dapat mengumpulkan maklumat mengenai kejadian ini," kata beliau lagi.
Bagaimanapun beliau memahami kebimbangan orang ramai terhadap kes bunuh yang semakin meningkat kebelakangan ini.
"Benar ia merisaukan semua orang dan PDRM melakukan sebaik mungkin bagi
memastikan keselamatan kita juga menyeru orang ramai untuk bersama
dengan kita membanteras jenayah ini," Abdul Khalid berkata.
Semalam FMT melaporkan Khalid memberitahu suspek yang disyaki terbabit
dalam kes cubaan membunuh Sanjeevan dipercayai rakanya sendiri.
Mengikut laporan itu tersebut KPN dilaporkan berkata siasatan awal
membawa kepada petunjuk yang mengejutkan kerana suspek bukan merupakan
penembak upahan tetapi adalah rakan kenalan itu sendiri.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ekoran siasatan sedang
dijalankan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk
Hadi Ho Abdullah.
Sabtu lalu Sanjeevan ditembak oleh seorang dari dua lelaki berhenti di satu persimpangan di Bahau, Jempol.
Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya.
Mangsa dikatakan merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya
mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.