Monday, July 1, 2013

Kenapa Mahathir masih jadi penasihat Petronas?


KOMENTAR TUKAR  TIUB
ini satu persoalan yang wajib dijawab
ini persoalan penting
nampaknya
ananda ini bukan sahaja ada bangunan tinggi
bukan sahaja ada syarikat talipon
cari gali minyak dapat kontrek

CARI GALI DI TERANGGANU

Kenapa Mahathir masih jadi penasihat Petronas?

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menuntut penjelasan Petronas berhubung pelantikan mantan Perdana Menteri,Mahathir Mohamad sebagai penasihat badan petroleum itu.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (lihat klip video)berkata, merujuk kepada Akta Kemajuan Petronas 1974 (PDA), kedudukan individu yang bukan lagi berkait dengan kerajaan tidak boleh memegang jawatan sebagai penasihat badan itu.
“Di bawah peruntukan apa  Mahathir menjadi penasihat kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kerana merujuk Akta Kemajuan Petronas (PDA) Seksyen 5, penasihat termaktub di bawah sebuah majlis bukan individu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.
Beliau yang juga Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu turut menggesa Majlis Penasihat Petronas ditubuhkan dengan meletakkan wakil kerajaan negeri yang berperanan menasihati Perdana Menteri dan membuat keputusan penting mengenai dasar petroleum dan cari gali minyak di negara ini.
 
 
Tukar Tiub

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.