Tuesday, July 30, 2013

Hidup Berbilang Bangsa, Samseng dan Gangster dan Pemimpin Yang Korup - by Tinta Asyraf


Salam, kita hidup dalam bermasyarakat berbilang kaum ni sebenarnya banyak kelebihannya tapi kita tidak ambil kelebihan itu sebagai satu peluang untuk kita lebih berilmu.

Sebagai contoh, negara kita ada orang Cina, India, Punjab dan macam-macam lagi, Kalau sekolah tu, kita ada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, methodist dan lain-lain lagi.

Dalam merangka agar perpaduan kaum ini berjalan dengan lancar, kita masih lagi merasakan bahawa bangsa cina dan India ini masih lagi janggal. Betul atau tidak?

Orang Cina tak percaya kepada orang Melayu dan India, orang India pun sama, orang Melayu apatah lagi. Samseng dan gengster berlambakan sekarang ini, pembunuhan di khalayak pun semakin berleluasa.

Apakah semua ini menunjukkan kita sebagai Melayu, Cina dan India sebagai 1 Malaysia.

UMNO Barisan Nasional mesti dipertanggungjawabkan dalam soal ini. Kecintaan kepada bangsa adalah naluri semulajadi, sayang kepada bangsa melebihi agama itu adalah assobiyyah, seperti mana yang dilakukan UMNO sekarang ini.

Bila bicara soal ini, kita katakan ini adalah politik. Ya memang ini politik, tanpa politik bagaimana perpaduan kaum boleh tercipta dan terlaksana.

Kepada para pemimpin sekalian. Hidup dalam berbilang kaum dalam rumpun kaum cina yang hebat dalam perniagaan ini adalah suatu kelebihan.

Jika orang Melayu yang memegang tampuk pemerintahan itu korup, mereka sebagai peniaga pun akan korup juga, dan akhirnya rakyat yang menjadi mangsa.

Peniaga-peniaga bangsa asing sudah berlambakan terutama di Kuala Lumpur, mereka dapat rezeki di sini, ada di antara orang kerajaan pun dapat "rezeki" dari mereka. Mereka kena hidupkan perniagaan mereka dengan duit. Kalau tidak susahlah.

Ini adalah pandangan peribadi aku yang mungkin betul atau salah. Cuma yang pernah melalui sahaja akan merasakannya.

Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.