Tanda-tanda rahsia yang disembunyikan
Amat
malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun
masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid
an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di
masjid nabi itu sendiri.
Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di
sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?
Umat
Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada
mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam
terutama di Mekah dan Madinah.
Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah
Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi
segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga
Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat
Islam.
Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di
Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat
supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasekali supaya
tidak kelihatan, apakah rahsianya?
Janganlah
ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah,
semuanya telah hancur menjadi debu.
Mereka menganggap pembangunan yang
tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan
puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan
penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi
penghayatan umat Islam yang kemudian.
Itulah harapan oleh ulamak yang
mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman,
tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.
Tidak
seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram,
peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh
pihak berkuasa Saudi (http://saudi-archaeology.com)
Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan
Umat
Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin
tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari
rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun
yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak
ayat quran. Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil
terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal
Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun
disembunyikan.
Tulisan didinding timur makam dihapuskan - dalam petak merah
Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan
Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi
Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai
Kotak
bertanda hijau dalam gambar diatas merupakan tempat yang paling disukai
oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak
berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku.
Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai
nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup
Rasulullah s.a.w.
Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku
http://www.islamiclandmarks.com
Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup
oleh pihak berkuasa Saudi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.