Sunday, June 9, 2013

PENERANGAN SOSIALISME... BAHAYA SOSIALIS TERHADAP ISLAM

Kami sayang ulama's status.
 

"sosialisme" iaitu suatu
ideologi yang dipopularkan oleh Karl Marx
(1818-1885) dan Engles (1820-1895) bagi
melakukan peperangan ideologi terhadap para
paderi dan juga agama itu sendiri dengan
menggunakan kaedah yang dipanggil dialectical
materialism, iaitu suatu scientific world outlook
yang menentang sebarang kepercayaan
terhadap kuasa ghaib.

Sosialisme yang masih menjadi teras anutan
para pemuka golongan meragui hadis di
Malaysia ini, kini dijadikan asas bagi mereka
untuk melihat Islam ini seperti mana Kristian.

Kononnya telah wujudnya penindasan kelas
ulama terhadap kelas Muslim awam
sebagaimana wujudnya golongan paderi yang
menindas golongan Kristian awam. Mereka
melihat Islam itu dari kerangka atau
"paradigma" sosialisme Barat.

Kalau awal 70-an dahulu di Malaysia pejuang
sosialis menjadi jaguh dan pujaan sebahagian
besar daripada golongan intelektual dan
mahasiswa, maka kini perjuangan Islam lebih
mendapat tempat di kalangan masyarakat
terpelajar. 
 
Diparahkan lagi dengan robohnya
tembok Kremlin dan gelombang kapitalisme
yang semakin hebat, aliran sosialisme menjadi
semakin nazak bahkan jenama "sosialis" itu
sendiri sudah tidak laku lagi.

Justeru untuk kembali menarik perhatian
masyarakat dan memberikan nafas baru kepada
para pendokongnya di samping untuk
merekrutkan ahli-ahli baru bagi golongan
intelektual dan profesional, maka mereka turut
terjun menangani persoalan agama, yang
sebelum ini dianggap "candu masyarakat",
kononnya bermatlamatkan untuk
mengembalikan kesucian agama Islam itu dari
"tangan kotor" para ulama.

Dasar utama sosialisme, yang menentang
pemilikan harta kekayaan oleh golongan kapitalis
sebagai lesen untuk menindas golongan pekerja
(J.M. Rroberts, History of the World, hal. 605),
kini digerakkan ke alam agama di mana
golongan ulama pula kononnya dilihat
berperanan sebagai "kapitalis" dalam agama.

Hak untuk bercakap mengenai agama mestilah
dibebaskan dari didominasikan oleh para ulama
sahaja sebaliknya ia hendaklah dijadikan milik
awam dalam masyarakat yang tiada kelas
(classless society) . 
 
Lantaran itu, para ulama
perlu ditentang dan digulingkan dari kedudukan
mereka yang tinggi itu agar tiada lagi beza
antara ulama dan massa.

Fahaman sosialisme anutan golongan meragui
hadis ini yang juga memberi penekanan yang
begitu kuat terhadap kebebasan (liberty) dan
persamaan (equality), telah berjaya menarik
minat sebahagian golongan intelektual wanita
Islam yang sudah sekian lama berjuang atas
nama "pembebasan wanita" (women’s
liberations/mancipation) untuk turut serta
bersama mereka.

Kemasukan intelektual wanita Islam itu ke
dalam "kandang" sosialisme golongan meragui
hadis ini, telah memberikan platform bagi
mereka untuk bersuara dengan lebih lantang
lagi atas nama pembebasan dan persamaan hak
wanita Islam, dan sekali gus bekerjasama
memporak-perandakan kesucian, kemurnian
dan keutuhan agama Islam.

Golongan berlatarbelakangkan beginilah, yang
mula ingin bercakap tentang Islam - bukan
kerana cintakan Islam - tetapi kerana terpaksa
ikut serta dalam arus kebangkitan Islam dengan
masih mengekalkan kerangka atau "paradigma"
sosialisme mereka. 
 
Namun malang kerana
sosialisme usang tiada menyediakan apa-apa
buat mereka tentang agama.

Justeru itu, mereka tercari-cari input agama bagi
mengisinya di dalam kerangka yang kosong dan
lantas menemukannya dalam orientalisma.
Ditambah lagi dengan tiada kemahiran bahasa
Arab, maka para orientalis Barat dan akal
merekalah yang menjadi rujukan dan sandaran
utama mereka bagi memahami agama Islam,
termasuklah memahami kedudukan dan autoriti
hadis.

SEBARKAN

-MUIZ-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.