Kes Dhamendran: Anggota terlibat akan digantung tugas? - Lee Long Hui
Anggota
polis yang didakwa terlibat dalam kes kematian dalam tahanan N
Dhamendran akan digantung tugas hariannya, kata Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menjawab
berhubung desakan menggantung empat anggota polis yang kini diberi
tugasan pejabat berikutan kematian Dhamendran, secara ringkas Zahid
berkata tindakan itu kini "dalam proses".
Ahmad Zahid mengulas
perkara itu selepas bertemu Ketua Delegasi Serantau bagi Jawatankuasa
Antarabangsa Palang Merah Jeremy England di kementeriannya hari ini.
Malaysiakini tidak dibenarkan membuat liputan majlis tersebut tetapi hanya mendapat satu rakaman temubual dengan menteri terbabit.
Mengulas mengenai tiga kes kematian dalam tahanan dalam tempoh 11 hari lalu, Zahid seterusnya mempertahankan pasukan polis.
Katanya,
tidak adil jika menyalahkan pasukan polis secara keseluruhan atas
tindakan sesetengah anggota yang melampaui garis panduan operasi
siasatan.
Tambahnya, garis panduan operasi polis itu juga mungkin perlu disemak semula. [Baca berita penuh]
Sementara itu Bernama melaporkan
Ahmad Zahid menasihatkan semua pihak termasuk parti politik kerajaan
dan pembangkang serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) mewakili
masyarakat India, supaya tidak beremosi dan mengatur protes jalanan
berhubung kematian tiga individu dalam tahanan polis baru-baru ini.
Sebaliknya,
beliau meminta semua pihak agar memberi kepercayaaan sepenuhnya
terhadap jawatankuasa khas diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid
Abu Bakar dalam usaha menangani insiden kematian mengejut tahanan di
lokap.
"Saya
ingin memberi jaminan kepada masyarakat umum biarpun mereka terdiri
daripada parti bersama kerajaan atau di luar kerajaan, selagi diberikan
kepercayaan kepada kami, kami tidak bertolak ansur dalam soal kematian.
"Yakinlah,
apa yang kami lakukan ialah sesuatu yang mengikut piawaian yang
ditentukan di peringkat antrabangsa," katanya ketika ditanya keinginan
Pengarah Strategik MIC S Vell Paari bersama NGO berasaskan India untuk
menganjurkan protes jalanan sebagai membantah kematian berterusan
individu India dalam tahanan polis.
Katanya kerajaan memandang
serius perkara itu, justeru ketua polis negara sendiri mengetuai
jawatankuasa khas siasatan itu dan bukannya pegawai kanan.
Ahmad Zahid menegaskan bahawa kerajaan tetap tidak akan berkompromi dalam isu itu yang hangat diperkatakan ketika ini.
"Kita
cukup prihatin terhadap kematian di tahanan berkenaan. Saya juga
menyatakan bahawa kami tidak boleh berkompromi sebarang kematian yang
berlaku ketika siasatan dijalankan," katanya.
Jelasnya selain
kapasiti sebagai menteri, beliau sendiri melihat perkara itu atas dasar
perikemanusian yang perlu dicari penyelesaian dan keadilan.
"Tidak
perlu mengadakan protes jalanan dan sebagainya kerana saya dan timbalan
mengambil keprihatinan yang cukup mendalam dalam perkara ini.
"Kepedulian
ini bukan hanya atas kapasiti sebagai orang yang diberi tanggungjawab
untuk mengetahui kementerian ini, tetapi tentang soal kemanusiaan harus
diberikan tekanan bagi pelaksanaannya," katanya.
Sehubungan
dengan itu, katanya, kerajaan juga akan menyemak semula Prosedur Operasi
Standard (SOP) yang dijalankan oleh anggota polis yang bertugas dalam
menyoalsiasat tahanan.
"SOP akan disemak semula dan jika individu
tertentu melakukan siasatan di luar daripada SOP berkenaan maka
tanggungjawab itu tidak diletakkan kepada pasukan polis secara
keseluruhannya tetapi individu yang berkenaan," katanya.
Tiga
insiden kematian tahanan terbaru ialah; R Jamesh Ramesh, 40, yang
ditemui mati ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau
Pinang pada 26 Mei, sehari selepas ditahan atas kesalahan dadah.
N
Dhamendran, 32, pula mati ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Kuala Lumpur pada 21 Mei lepas manakala jurutera P Karuna
Nithi, 42, menjadi individu ketiga yang mati ketika dalam tahanan polis
di Tampin Sabtu lalu.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.