Wednesday, June 5, 2013

Kabinet harus benarkan ahli Parlimen mengundi penubuhan IPCMC, kata Kit Siang - Oleh Mohd Farhan Darwis

 
 
KUALA LUMPUR, 5 Jun – Kabinet digesa untuk membenarkan mana-mana ahli Parlimen bebas memilih berkenaan cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dalam sidang pertama Parlimen bulan ini, kata Lim Kit Siang.
Malah, beliau juga berkata “sesuatu perlu dilakukan sebelum lebih ramai individu mati dalam tahanan polis”.

Penasihat DAP itu menegaskan Kabinet juga perlu membentuk jawatankuasa Kabinet dan diberikan tempoh dua minggu untuk menyerahkan cadangan akhir berkenaan penerimaan pelaksanaan penubuhan IPCMC, ketika sidang dewan pada 24 Jun hingga 18 Julai.

“Ianya bagi membolehkan polisi keputusan Kabinet diumumkan sebagai sebahagian daripada polisi dan cadangan kerajaan baru dalam pembentangan Diraja di Parlimen pada 25 Jun,” katanya.
Penasihat DAP itu juga turut mempersoalkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan cadangan penubuhan IPCMC, kerana Zahid jelasnya seolah-oleh sedang bermain “Tai Chi” berhubung cadangan tersebut.
 
“Zahid seperti bermain ‘Tai Chi’ apabila mengatakan kementeriannya ‘terbuka’ untuk membentuk IPCMC, namun meminta tempoh bagi mengkaji pendapat umum terhadap cadangan tersebut.

 “Tidak perlu lagi kajian kerana saya tidak yakin ada perkara lagi yang perlu dikaji,” katanya.

Lim   sebelum ini mengumumkan Pakatan Rakyat (PR) telah bersetuju membentuk anggota enam ahli Parlimen pembangkang itu bagi bertindak selaku gerak kerja penubuhan IPCMC bagi mendapatkan persetujuan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata dengan penyertaan 23 anggota Parlimen dari BN, dan 89 jumlah pemimpin PR di Parlimen, IPCMC akan menjadi kenyataan.

Beliau turut mengulangi pengumuman enam anggota PR dalam jawatankuasa berkenaan iaitu; M. Kulasegaran (DAP - Ipoh Barat); Gobind Singh Deo (DAP - Puchong); N. Surendran  (PKR - Padang Serai); Shamsul Iskandar Mat Akin (PKR - Bukit Katil); Mohamed Hanifa Maidin (PAS - Sepang); dan Siti Mariah Mahmud (PAS - Kota Raja).
“Kami mengalu-alukan 133 ahli Parlimen BN membentuk jawatankuasa IPCMC sama seperti kami bagi memastikan IPCMC menjadi kenyataan,” tambahnya.

Menteri di Jabatan Perdana Mentri Datuk Paul Low semalam berkata akan mencadangkan penubuhan IPCMC kepada mesyuarat Kabinet hari ini akibat daripada peningkatan jumlah kematian dalam polis.
 
Kumpulan hak asasi manusia Suaram mengatakan baru-baru ini lapan orang telah mati dalam tahanan polis dalam lima bulan tahun ini. Salah seorang daripada mereka N. Dharmendran, yang disyaki mati kerana dipukul berkali-kali, menurut laporan bedah siasat semasa berada dalam reman polis di ibu pejabat kontijen polis Kuala Lumpur, di sini pada 21 Mei.

Suaram juga mengatakan terdapat 218 kes kematian dalam tahanan yang didakwa berlaku di Malaysia dari tahun 2000 hingga bulan ini, dengan rekod menunjukkan sembilan daripada kes tersebut berlaku pada tahun 2012.
Kes terbaru kematian dalam tahanan adalah P. Karuna Nithi, 42 yang ditemui mati di lokap balai polis Tampin, Negeri Sembilan Sabtu lepas.

Majlis Peguam, kumpulan masyarakat sivil dan beberapa ahli politik dari kerajaan dan pembangkang telah mendesak IPCMC ditubuhkan untuk melaksanakan reformasi terhadap pasukan polis semenjak 2006.

IPCMC telah dicadangkan pada 2005 oleh suruhanjaya diraja yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah tetapi ditentang oleh polis, seharusnya berdasarkan kepada model Suruhanjaya Bebas Aduan Polis United Kingdom (IPCC), termasuk badan pemantau polis lain di New South Wales dan Queensland di Australia dan Hong Kong.TMI
 
 
Indah.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.