Sunday, June 2, 2013

Farhan Salleh - KHAS UNTUK PENCCAI UMNO YANG TIDAK TAHU SEJARAH

KHAS UNTUK PENCCAI UMNO YANG TIDAK TAHU SEJARAH
\


HAI PEJUANG MELAYU…PERNAH BACA BUKU SEJARAH TAK……..

ORANG MELAYU SEJAK DAHULU BEKERJASAMA DENGAN ORANG CINA…NENEK MOYANG KITA PUN MENUMPANG KEUNTUNGAN ORANG CINA TERMASUKLAH PEMBESAR KITA…..HMMM PATUTLAH SEJARAH MATAPELAJARAN YANG DIPINGGIRKAN……
Pada tahun 1881, kota Kuala Lumpur telah musnah menyeluruh akibat kejadian kebakaran, kerugian dianggar mencecahi $100,000. Kapitan Yap Ah Loy membeli hartanah di sekeping tanah desa pinggiran Kuala Lumpur yang kini dikenali Brickfields dan menyaran penghasilan batu-bata dijalankan serta merta untuk membina balik Kuala Lumpur dengan batu-bata dan ubin untuk menggantikan rumah atap daun yang telah musnah kebakaran. Secara tidak langsung, Brickfields telah diasaskan Kapitan. Beliau juga meminjam wang dan memberitahu Residen Selangor SirFrank Swettenham tentang hasratnya membelanja sebanyak $20,000 untuk pembinaan jalan raya serentak yang kini merupakan arteri utama kota KL. Antaranya, Jalan Ampang, Jalan Pudu, Jalan Petaling. Selepas itu, Kuala Lumpur telah dinamakan ibukota negeri Selangor, dan seterusnya ibu kota Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Di samping itu, perkilangan ubi kayu dibangunkan di Jalan Petaling. Sultan Selangor Sultan Abdul Samad mempunyai kepentingan dalam projek tersebut. Kapitan telah menegakkan keadilan batasan dengan mengekalkan undang-undang dan ketenteraman melalui bantuan geng Hai San dan polis tempatan. Kapitan Yap Ah Loy telah membina sekolah pertama di Kuala Lumpur dan sebuah. Beliau juga antara pengasas utama sekolah elit Victoria Institution di Jalan Shaw, Kuala Lumpur

(Ensiklopedia bebas ,Wikipedia Bahasa Melayu)

Sumbangan terbesar Yap Ah Loy adalah menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan di Selangor pada 1880. Kejayaan ini akhirnya menyebabkan Kerajaan Selangor memindahkan ibu negerinya dari Klang
ke Kuala Lumpur.

Yap Ah Loy juga membina kilang membuat tepung ubi di Jalan Petaling dengan mengimport enjin lapan kuasa kuda. Kilang itu bagaimanapun terpaksa ditutup akibat kejatuhan harga ubi kayu pada 1880. Beliau turut membina tempat perlindungan bagi mereka yang sakit mendapatkan makanan dan perlin-dungan dan kos pengurusan diperoleh daripada levi penyembelihan babi dengan kos RM1 seekor.

Yap turut memainkan peranan besar dalam penubuhan sekolah Cina pertama di Kuala Lumpur dan menyediakan seorang guru besar.
Sepanjang kira-kira tujuh tahun berhijrah ke Tanah Melayu, nasib Yap Ah Loy berubah daripada seorang remaja mentah dan pendatang China kepada kapitan yang mengetuai ribuan penduduk Cina di Sungai Ujong ketika itu.

Profil: Yap Tet Loy
Nama lain: Yap Ah Loy, Yap Mao Lan.
Tempat lahir: Perkampungan Tam Shui di daerah Kwai Yap, Guangdong, China.
Tarikh lahir: 14 Mac 1837
Tarikh kematian: Mac 1885
Sumbangan: membangunkan Kuala Lumpur daripada pekan kecil dikelilingi hutan dan lombong menjadi pekan besar; Ketua Penduduk Cina di Kuala Lumpur.
rujukan: Berita Harian Online

HAI PEJUANG MELAYU…PERNAH BACA BUKU SEJARAH TAK……..
ORANG MELAYU SEJAK DAHULU BEKERJASAMA DENGAN ORANG CINA…NENEK MOYANG KITA PUN MENUMPANG KEUNTUNGAN ORANG CINA TERMASUKLAH PEMBESAR KITA…..HMMM PATUTLAH SEJARAH MATAPELAJARAN YANG DIPINGGIRKAN……

Pada tahun 1881, kota Kuala Lumpur telah musnah menyeluruh akibat kejadian kebakaran, kerugian dianggar mencecahi $100,000. 

Kapitan Yap Ah Loy membeli hartanah di sekeping tanah desa pinggiran Kuala Lumpur yang kini dikenali Brickfields dan menyaran penghasilan batu-bata dijalankan serta merta untuk membina balik Kuala Lumpur dengan batu-bata dan ubin untuk menggantikan rumah atap daun yang telah musnah kebakaran. 

Secara tidak langsung, Brickfields telah diasaskan Kapitan. 

Beliau juga meminjam wang dan memberitahu Residen Selangor SirFrank Swettenham tentang hasratnya membelanja sebanyak $20,000 untuk pembinaan jalan raya serentak yang kini merupakan arteri utama kota KL. 

Antaranya, Jalan Ampang, Jalan Pudu, Jalan Petaling. Selepas itu, Kuala Lumpur telah dinamakan ibukota negeri Selangor, dan seterusnya ibu kota Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Di samping itu, perkilangan ubi kayu dibangunkan di Jalan Petaling. Sultan Selangor Sultan Abdul Samad mempunyai kepentingan dalam projek tersebut. 


Kapitan telah menegakkan keadilan batasan dengan mengekalkan undang-undang dan ketenteraman melalui bantuan geng Hai San dan polis tempatan. Kapitan Yap Ah Loy telah membina sekolah pertama di Kuala Lumpur dan sebuah. 

Beliau juga antara pengasas utama sekolah elit Victoria Institution di Jalan Shaw, Kuala Lumpur
(Ensiklopedia bebas ,Wikipedia Bahasa Melayu)

Sumbangan terbesar Yap Ah Loy adalah menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan di Selangor pada 1880. Kejayaan ini akhirnya menyebabkan Kerajaan Selangor memindahkan ibu negerinya dari Klang ke Kuala Lumpur.

Yap Ah Loy juga membina kilang membuat tepung ubi di Jalan Petaling dengan mengimport enjin lapan kuasa kuda. Kilang itu bagaimanapun terpaksa ditutup akibat kejatuhan harga ubi kayu pada 1880. 

Beliau turut membina tempat perlindungan bagi mereka yang sakit mendapatkan makanan dan perlin-dungan dan kos pengurusan diperoleh daripada levi penyembelihan babi dengan kos RM1 seekor.

Yap turut memainkan peranan besar dalam penubuhan sekolah Cina pertama di Kuala Lumpur dan menyediakan seorang guru besar.

Sepanjang kira-kira tujuh tahun berhijrah ke Tanah Melayu, nasib Yap Ah Loy berubah daripada seorang remaja mentah dan pendatang China kepada kapitan yang mengetuai ribuan penduduk Cina di Sungai Ujong ketika itu.


Profil: Yap Tet Loy

Nama lain: Yap Ah Loy, Yap Mao Lan.


Tempat lahir: Perkampungan Tam Shui di daerah Kwai Yap, Guangdong, China.
Tarikh lahir: 14 Mac 1837


Tarikh kematian: Mac 1885


Sumbangan: membangunkan Kuala Lumpur daripada pekan kecil dikelilingi hutan dan lombong menjadi pekan besar; Ketua Penduduk Cina di Kuala Lumpur.


rujukan: Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.