Thursday, June 13, 2013

Dakwat kekal: Rakyat ditipu hidup-hidup - Pejuang Tegar (PAKATAN RAKYAT)

Dakwat kekal: Rakyat ditipu hidup-hidup

KANGAR: Rakyat terus bangun untuk melawan penipuan di dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13)  yang lalu terutamanya selepas bertahun-tahun menuntut sistem pilihan raya yang bersih kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, dengan adanya Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang membuat lapan tuntutan termasuk dakwat kekal tetapi penipuan terus berlaku.

Berucap pada program Himpuan Black 505 peringkat negeri Perlis malam semalam, beliau berkata pada PRU13 yang lalu, semua rakyat yang turun mengundi telah ditipu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Yang kita marah betul kali ini bukan apa, sejak beberapa tahun ini terutamanya sejak sejak tahun 2008 dengan adanya Bersih, seluruh kempen kita adalah tertumpu kepada sistem pilihan raya yang bersih. Setelah kempen-kempen yang kita buat, mereka masih tipu.

"Saudara tahu betapa susahnya kita nak dapat dakwat kekal? Dengan lapan tuntutan Bersih, berapa kali kita berhimpun dengan ratusan ribu yang turun ke Kuala Lumpur, kemudian jawatankuasa parlimen berbahas selama beberapa bulan, bertengkar dalam parlimen dan akhirnya Najib kata setuju dan SPR pun kata setuju dengan dakwat kekal. Tapi kekal atau tidak?

"Dia tipu siapa? Dia tipu rakyat. Bolehkan kita begitu bodoh untuk ditipu, di mana maruah kita? Kalau tak selesai pilihan raya ini, penipuan ini tak diperbetulkan dan SPR tidak letak jawatan, percayalah bahawa tidak akan ada pilihan raya yang bersih selepas ini.
KANGAR: Rakyat terus bangun untuk melawan penipuan di dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) yang lalu terutamanya selepas bertahun-tahun menuntut sistem pilihan raya yang bersih kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, dengan adanya Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang membuat lapan tuntutan termasuk dakwat kekal tetapi penipuan terus berlaku.

Berucap pada program Himpuan Black 505 peringkat negeri Perlis malam semalam, beliau berkata pada PRU13 yang lalu, semua rakyat yang turun mengundi telah ditipu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Yang kita marah betul kali ini bukan apa, sejak beberapa tahun ini terutamanya sejak sejak tahun 2008 dengan adanya Bersih, seluruh kempen kita adalah tertumpu kepada sistem pilihan raya yang bersih. Setelah kempen-kempen yang kita buat, mereka masih tipu.

"Saudara tahu betapa susahnya kita nak dapat dakwat kekal? 

Dengan lapan tuntutan Bersih, berapa kali kita berhimpun dengan ratusan ribu yang turun ke Kuala Lumpur, kemudian jawatankuasa parlimen berbahas selama beberapa bulan, bertengkar dalam parlimen dan akhirnya Najib kata setuju dan SPR pun kata setuju dengan dakwat kekal. Tapi kekal atau tidak?

"Dia tipu siapa? Dia tipu rakyat. Bolehkan kita begitu bodoh untuk ditipu, di mana maruah kita? 

Kalau tak selesai pilihan raya ini, penipuan ini tak diperbetulkan dan SPR tidak letak jawatan, percayalah bahawa tidak akan ada pilihan raya yang bersih selepas ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.