Friday, May 3, 2013

Tersungkurnya Transformasi Peneroka Felda




Menyentuh soal bekas kakitangan Felda, saya ingin memberi sedikit komentar.

Beberapa bulan sebelum bersara dari Felda, saya bertubi-tubi ditanya oleh bekas kakitangan Felda dan juga kakitangan kumpulan syarikat Felda. 
Dari perbualan dan apa yang saya dengar, ramai bekas kakitangan Felda merasa kecewa dengan transformasi Felda kerana mereka melihat agenda transformasi itu bunyinya macam untuk peneroka dan dihebahkan untuk peneroka, tetapi pelaksanaannya mengenepikan peneroka. Lalu bekas kakitangan Felda itu hanya berani berbisik-bisik sahaja setelah saya mencabar mereka untuk menjadi pejuang. 
Berjuang untuk menyampaikan mesej kesan negatif kepada peneroka mengenai program transformasi Felda.

Ada yang komen dan menuduh mereka adalah kakitangan petugas yang telah banyak berdosa kepada Felda, nyatalah dakyah memburuk-burukkan bekas kakitangan Felda berjaya dilaksanakan. 
Mungkin peneroka sudah lupa dengan jasa dan pengorbanan bekas kakitangan Felda yang membolehkan mereka mengecapi kesenangan masa kini. Apa yang dilaksanakan oleh kakitangan Felda melalui program transformasi belum melihatkan hasilnya. 
Hasil transformasi akan dilihat pada masa akan datang. Sama-sama kita tunggu dan lihat. Sempati juga saya kepada bekas kakitangan Felda (saya memang dah dicap anti Kerajaan BN dan anti pengurusan Felda kini)
Menyentuh mengenai kakitangan Felda mereka telah dipecahkan kepada dua kumpulan oleh pengurusan Felda dan juga pengurusan anak syarikat Felda. 
Kumpulan yang pro kepada perancangan pengurusan diberikan keistimewaan dan mereka yang kurang bersetujui diketepikan. 
Dasar pecah dan perentah amat mudah dilaksanakan di Felda yang rata-rata kakitangannya tidak arfif bermain politik dalam organisasi. 
Majoriti kakitangan yang saya temui pada masa itu, berharap agar ada perubahan kepada polisi Felda yang sedang dilaksanakan untuk memenuhi agenda transformasi. Lalu saya katakan kepada mereka, saya adalah hamba yang tidak mampu berjuang memperbetulkan dasar itu kerana dasar itu adalah dasar Kerajaan. 
Maka ramai di kalangan kakitangan di Syarikat Kumpulan Felda berharap ada perubahan Kerajaan yang skali gus menukar dan menyusun semula program transformasi Felda supaya peneroka mendapat faedah secara mutlak bukan sekadar slogan sahaja.
Apakah dalam PRU ini kakitangan dan bekas Kakitangan akan mengundi PR. Saya tak pasti kerana sudah hampir 5 bulan tidak berhubung dengan mereka.
GAYA PENEROKA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.