Siapalah
menyangka Mat Taib yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor, menteri
kabinet dan Naib Presiden UMNO serta menghabiskan sebahagian besar
hidupnya bersama UMNO, akhirnya boleh memilih Pas sebagai wadah
perjuangannya yang baru.
Walaupun ada kesalahan-kesalahan kecil yang
pernah dilakukannya, secara umumnya beliau bukanlah orang yang kecewa.
Dia bahagia dan disukai ketika berada dalam UMNO.
Sebab itu tidak dapat dinafikan penyertaannya ke dalam Pas, salah satu matlamatnya ialah mencari syurga walau apa pun tafsiran umum mengenainya.
Sebab itu tidak dapat dinafikan penyertaannya ke dalam Pas, salah satu matlamatnya ialah mencari syurga walau apa pun tafsiran umum mengenainya.
Beliau meyakini Pas sebuah parti yang memperjuangkan Islam,
bergerak di atas landasan Islam dan lebih mendekati surau serta masjid
berbanding tempat-tempat lain.
Sebagai orang lama yang dan sudah berada di penghujung usia pula, pencariannya kepada syurga adalah sesuatu yang terpuji berbanding mereka yang di usia senja tetapi masih galak memuji dunia, menabur fitnah dan hanya mengunjungi masjid seminggu sekali saja.
Keinginan Mat Taib terhadap Islam tidak seharusnya diragui, walaupun terdapat suara-suara di dalam Pakatan Rakyat yang seolah-olah meragui niatnya.

Secara logiknya, Mat Taib tidak
memerlukan apa-apa lagi di dunia ini. Beliau sudah ada segala-galanya.
Pencariannya hanyalah syurga dan keredaan Allah.
Beliau juga ingin
melihat Islam mencapai kemenangan di bumi Malaysia ini. Tidak lama
selepas penyertaannya ke dalam Pas, beliau mula menjalankan
tanggungjawab yang diyakininya itu.
Walaupun ramai pemimpin UMNO yang memandang remeh penyertaan Mat Taib itu, sambutan yang diterimanya tidak boleh dipandang enteng.Dalam sekian ramai pemimpin UMNO yang mengulas mengenai Mat Taib, hanya Khir Toyo yang nampak ikhlas dan berpijak di alam realiti.

Beliau berkata, dengan penyertaan Mat
Taib, usaha BN menawan Selangor menjadi bertambah sukar dan dalam masa
yang sama memberi ruang yang lebih terbuka untuk Pas menembusi
kawasan-kawasan Melayu yang selama ini menjadi kubu kuat UMNO.
Hanya
orang yang syok sendiri dan berada di alam khayalan saja yang sanggup
mengatakan penyertaan Mat Taib tidak memberi kesan apa-apa kepada BN.
Tetapi siapalah Khir Toyo sekarang ini untuk suara dan pandangannya didengari oleh UMNO.Mat Taib kini mempunyai jadual yang padat berceramah setiap malam, bukan saja di Selangor tetapi juga di seluruh negara.

Sambutan rakyat terhadapnya juga amat menggalakkan dan orang ingin
mendengar kenapa beliau memilih perjuangan Islam sekarang iniHarapannya
kini ialah Pas yang memperjuangkan Islam dan lebih mengajak rakyat
mendekati surau dan masjid diberi peluang memerintah negara ini bersama
Pakatan Rakyat yang dipercayainya mampu memberi kebaikan yang lebih
berganda kepada rakyat.
Sementara Mat Taib mahu mencari syurga dan memenangkan Islam, Mufti Perlis, Dr Juanda pula bertindak sebaliknya.
Sementara Mat Taib mahu mencari syurga dan memenangkan Islam, Mufti Perlis, Dr Juanda pula bertindak sebaliknya.
Beliau yang sebelum ini diura-urakan akan bertanding sebagai
calon PKR di Parlimen Kangar tetapi kerana beberapa masalah dan tidak
menjadi kenyataan, tiba-tiba muncul di pentas BN bersama Muhyiddin
Yassin beberapa hari lalu.
Walaupun tidak mengaku galau dan kecewa dihatinya, tetapi pengakuannya bahawa beliau selama ini memang pengundi BN dan akan terus mengundi BN, lebih menyerlahkan siapa dirinya yang sebenar meski berjawatan mufti dan pandangannya sebelum ini dilihat bebas dan berani.

Kenapa setelah tidak terpilih sebagai calon,
baru mengaku sebagai pengundi BN?Di peringkat awalnya, ramai yang kecewa
beliau tidak dipilih sebagai calon mewakili PKR tetapi kini mereka
bersyukur kerana jika beliau menang dalam pilihanraya ini, ada
kemungkinan beliau akan mengikut tidur sekelambu dengan Ibrahim Ali dan
Zulkifli Nordin.
Sebagai ilmuan agama dan mufti, tindakan Juanda mahu
menyokong mana-mana pihak tidaklah menjadi kesalahan. Itu pilihannya
sama seperti Harussani, Mufti Perak yang lebih UMNO daripada pemimpin
UMNO sendiri.
Tetapi Harussani tidak pula pernah mengaku beliau pengundi
BN dan akan mengundi BN dalam pilihanraya akan datang ini.Tindakan
Juanda itu hanya menyerlahkan siapa dirinya yang sebenar.
Hanya setelah
gagal memetik anggur, barulah dikatanya anggur itu masam.
Berbanding Mat Taib yang mahu mencari syurga, Juanda pula yang didadanya penuh ilmu dan jiwa Islam, nampaknya masih berlari-lari mengejar dunia yang tidak pasti akan menjadi miliknya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.