Friday, May 3, 2013

SAPP Pencetus Ini Kali Lah, Pilihan Yang Baik Untuk Sabah

 
"bertanding mestilah untuk menang bukan sekadar mencuba supaya tidak hilang deposit"
Kamis, Sarudin dan Hj. Amde - Antara calon-calon SAPP
Pengisian blog ini akan digantung sehingga selepas pilihanraya atas sebab-sebab yang tertentu.

Masa berkempen tinggal dua hari. Wang dan peti besi Barisan Nasional dilapor bersepah-sepah di merata tempat. Zink dah dapat hari tu. Tangki entah kena bagi lagi entah tidak, harap-harap ada. Si anu bawa bendera dapat RM50.  Si polan pula dengar ceramah RM30. Tiap-tiap malam kembung perut minum kopi di markas. Bila dapat wang mesti sain, mesti hadir sendiri tidak boleh pakai wakil.


Telah kedengaran 'bom tengah malam' yang biasanya habuan ringgit seratus dua untuk para pengundi atas pagar pada malam terakhir sebelum pilihanraya. Tetapi sampai sekarang kentut masih percuma, tak dibayar. Sama ada yang melepas atau yang terpaksa menghidu, tetap juga percuma. Silalah baca mengenai wang gula-gula pilihanraya yang berlambak-lambak dan tidak pandai habis di sini, sini, sini dan sini. Makmurnya negara kita. Selebihnya para pembaca juga boleh cari sendiri.

Selamat maju jaya kepada semua parti yang bertanding.

Taburlah apa yang ada.

Buyuk** saja selagi masih hidup di dunia. Nanti apabila nyawa sudah bercerai dari badan dan jasad telah dimamah cacing, silalah juga jawab sendiri segala kemungkaran dan penyelewengan itu di hadapan Allah taala.
Posting ini adalah disengajakan untuk bersifat partisan. Semua orang berhak menjadi partisan pada masa yang sesuai dan berdiri atas pagar selama-lamanya tidak semestinya memberikan apa-apa manafaat kepada masyarakat. Oleh kerana penulis bukan 'orang dalam' (inner circle) mana-mana parti yang bertanding di Sabah, ikut sukalah hendak berkata apa sekalipun.

Amde @ Hamdi Sidik

Tidak syak lagi penulis merasakan calon-calon parti SAPP yang bertanding di kawasan DUN N.28 Sindumin Tn. Hj. Amde Sidik, DUN N.27 Lumadan En.  Jamain Sarudin dan kawasan Parlimen P.178 Sipitang En. Kamis Daming merupakan pilihan yang baik untuk kawasan ini dan untuk negeri Sabah amnya.  Nota: Parti SAPP disebut oleh para penyokong mereka secara huruf demi huruf "S", "A", "P", "P" bukannya dalam satu perkataan yang berbunyi  'sap'.
-------------------------------------------------------------------
Hj. Amde, Kamis & Jamain Pencetus Semangat "Ini Kali Lah!" Ke seluruh Negara
Ungkapan "Ini Kali Lah" pada PRU 13 ini BUKAN DIMULAKAN oleh STAR. Ia dimulakan oleh pasukan mereka bertiga pada  pertengahan bulan September, 2011 dalam kickstart progam publisiti media di  saluran harapanTV @ YOUTUBE.
SAPP telah bergerak dengan sistematik di kala STAR masih merupakan parti yang bersepah dan belum parti yang belum tersusun ketika itu. Hampir sepenuh masa arena kegiatan mereka tertumpu di Facebook. Di sana mereka menciplak slogan ini dan sekarang mengutuk sesiapa yang menggunakan ini kali lah.


Sila dengarkan suara lunak seorang kanak-kanak mengungkapkan perkataan Ini Kali Lah untuk pertama kalinya!

Ini Kali Lah, Ver.3 

Ini Kali Lah, Ver.2


Ini Kali Lah, Ver.1


Artikel penuh SAPP yang mencetuskan gelombang Ini Kali Lah, bukan STAR
-------------------------------------------------------------------

Jamain bin Sarudin
Penulis mengenali hampir semua calon dari semua parti politik yang bertanding di kawasan ini secara peribadi termasuk mereka bertiga. Oleh itu posting ini akan mempaparkan serba sedikit tentang mereka yang mungkin belum diketahui umum sebaiknya.

Kamis Bin Daming

Bagi anda yang mengundi di kawasan DUN N.28 Sindumin, N.27 Lumadan dan P.178 Sipitang, pada saat ini tentunya sudah dapat melihat dengan jelas antara ciri-ciri berikut pada diri Hj. Amde, Jamain dan Kamis bahawa:-

#1 - Mereka merupakan ahli-ahli politik yang segar tanpa dihantui sebarang 'dosa politik' silam disamping berwawasan tinggi dan pantang undur.

#2 - Mereka bertanding untuk kali yang pertama dan berazam dengan iktikad putus untuk berjaya pada percubaan yang pertama.

#3 - Mereka telah bertungkus lumus sejak bertahun-tahun sebelum menjayakan menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.

#4 - Mereka sangat istiqamah dalam perjuangan dan Insya-Allah mampu memikul amanah jika dipilih kelak.

#5 - Mereka sangat berpengalaman, terlatih di dalam bidang yang diceburi sebelum ini serta bermula dari peringkat paling bawah dan diyakini boleh menunaikan tanggungjawab sebagai Yang Berhormat.

#6 - Telah membelanjakan hampir semua yang mereka ada untuk kepentingan perjuangan. Tiada beza keperitan, kesakitan, jerih payah yang mereka alami dengan calon-calon Pas atau DAP pada peringkat awal dahulu.

#7 - Mereka bertanding untuk menang. Mereka bertanding BUKAN cuma untuk tidak hilang deposit pertandingan seperti calon-calon payung terjun yang tiba-tiba mendarat entah dari mana dan terus bertanding dalam pilihanraya dengan harapan dapat menimba pengalaman.

#8 - CUKUP SEPENGGAL. Mereka TIDAK berkeinginan untuk menjadi Yang Berhormat sampai berpuluh-puluh tahun dan menjadikannya jawatan tetap dan berpencen untuk dipegang sampai mati. 

#9 - Ini Kali Lah dan Hanya Ini Kali Lah. Mereka berazam untuk tidak bertanding balik-balik dalam pilihanraya. Ini tidak seperti sekumpulan manusia yang ketagih bertanding walaupun sentiasa kalah, seolah-olah puas hati jika dapat menggantung dan melihat muka sendiri bergentayangan barang di tepi jalan setiap lima tahun sekali.

Yang selebihnya silalah dapatkan maklumat di mana-mana jika berkenaan. Akhir kata saya memohon maaf atas mana-mana posting yang menyentuh peribadi dan mengguris perasaan semua tuan puan dan para pembaca yang budiman.  Jika masih tidak puas hati, saman sajalah. Mudah-mudahan saman berkenaan boleh membantu menaikkan lagi kunjungan ke blog saya.

Selamat mengundi!

Arimi Sidek Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.