Wednesday, May 29, 2013
PKR Dakwa Peraturan SPR Membolehkan Individu Mengundi Dua Kali - By Afix Redzuan
PETALING JAYA, 29 MEI: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Saleh mendedahkan ‘Garis Panduan Tatacara Proses Pengundian Bagi Mengatasi Masalah Kesesakan di Saluran Tempat Mengundi’ yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai bukti yang membolehkan pengundian lebih daripada sekali berlaku semasa pilihan raya.
Garis panduan ini didedahkan kerana sebelum ini terdapat beberapa pihak yang tampil menyatakan berlakunya pengundian lebih daripada sekali namun dinafikan oleh SPR.
Menurut Fuziah, garis panduan ini membolehkan Ketua Tempat Mengundi (KTM) membuka saluran pengundian lain sekiranya berlaku kesesakan lebih 20 orang yang menunggu giliran mengundi serta membuka sampul khas yang mempunyai buku daftar pemilih baru.
Dakwanya lagi, ini merupakan perancangan terancang untuk membolehkan penipuan pilihan raya dilakukan selain mengakibatkan kekeliruan ejen parti yang menyemak nama pengundi dalam menentukan sama ada seseorang itu membuang undi atau tidak.
“Bila SPR buka buku daftar baru maka ia tidak bertanda. Jika seseorang itu hadir, maka ia boleh ditanda.
“Inilah yang berlaku dan saya ejen pengundian timbul kekeliruan bila nama disebut dua kali. Inilah punca perancangan SPR yang membolehkan pengundian lebih.
“Saya ingin jelaskan, perkara ini tidak pernah dijelaskan. Garis panduan ini diselitkan tak pernah ditaklimatkan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Jelas Fuziah lagi, garis panduan ini hanya diberikan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri kurang seminggu daripada hari pembuangan undi.
Sebelum ini terdapat kejadian seorang pengundi, Mohd Fadhli Khaharruddin, membuat laporan polis mengenai daftar undi yang membolehkan beliau mengundi sebanyak dua kali di pusat mengundi SK Sungai Isap, Kuantan.
Beliau yang mengundi di Saluran 4 pada jam 10.00 pagi dan membuang undi untuk kali kedua pada jam 1.15 petang.
Namun sewaktu peluang mengundi untuk kali ke dua Mohd Fadhli tidak membuang undi sebaliknya menyimpan kertas undi dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur dan kredibiliti SPR yang lemah.
Tegas Fuziah, meskipun perkara ini tidak menjejaskan keputusan pilihan raya di Parlimen Kuantan namun beliau percaya perkara sebegini mungkin berlaku di kawasan lain terutama di kerusi yang menyaksikan kekalahan calon Pakatan Rakyat dengan majoriti tipis.
Selangorku.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.