Wednesday, May 29, 2013

AKHIRNYA VETERAN UMNO AKUI PROGRAM HIBURAN YANG DIANJURKAN DI NEGARA INI MELALAIKAN ORANG MELAYU!!!!!

Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs
Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs's photo.

SHAH ALAM – Veteran Umno mahu semua pihak yang terlibat dengan penganjuran hiburan supaya mengkaji semula bentuk program yang boleh melalaikan orang Melayu Islam di negara ini.

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, semua pihak yang bertanggungjawab seperti stesen Televisyen, media cetak, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Belia dan Sukan, Jakim, majlis-majlis agama Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan dan NGO-NGO Islam didesak supaya dapat mengadakan satu diskusi bagi mencari jalan terbaik membetulkan keadaan ini.

Menurutnya, perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana hampir keseluruhan penonton dan peminat program-program seperti ini orang Melayu.

“Veteran bukan anti hiburan, tetapi mesti ada satu garis panduan supaya program-program itu tidak sampai melalaikan dan melekakan golongan muda-mudi Melayu. Bayangkan satu program yang akan diadakan pada jam 9 malam, pengunjung telah memenuhi lokasi hiburan itu sejak jam 4 petang. Masa mana mereka solat Asar dan Maghrib?

“Selain itu program-program itu juga menggalakkan muda-mudi bercampur tanpa had dan sekatan. Ini melibatkan soal moral dan anasir-anasir lain yang boleh menghancurkan pembinaan sahsiah muda-mudi Melayu Islam yang rapuh,” katanya semalam.

Katanya lagi, fenomena suka berhibur dalam kalangan orang Melayu amat membimbangkan dan ia adalah salah satu faktor hilangnya jati diri kerana terlalu terdedah kepada bentuk hiburan yang tidak terkawal dan melampau.

“Muda-mudi Melayu tidak kisah dengan perkembangan negara. Apa nak jadi kepada negara ini mereka tak peduli. Mereka tidak tahu pun nama Menteri Komunikasi dan Multimedia, tapi mereka peduli dengan artis idola mereka.

“Mereka boleh menghafal puluhan lagu-lagu kegemaran mereka, tapi mereka amat sukar untuk mengingati ayat-ayat surah pendek dalam al-Quran untuk solat mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.