Dr Mahathir semalam membuka tirai kempen BN di Alor Star dengan menggesa orang ramai supaya berpatah balik kepada BN, gesaan sama oleh beliau pada pilihan raya 2008 yang menyuruh orang ramai mengundi pembangkang.
“Tuan dan puan-puan, pada pilihan raya lalu kita mengundi pembangkang bukan sebab kita nak mereka jadi kerajaan tapi kita mahu beri mereka peluang.
“Kita bagi peluang sekali nak lihat apa mereka boleh buat, tapi malangnya kita tidak nampak apa mereka sudah buat,” kata Dr Mahathir dalam satu program BN di Mergong yang dihadiri kira-kira 300 penyokong kuat gabungan pemerintah itu.
Keputusan pilihan raya 2008 adalah disebabkan orang ramai mahu mencuba sesuatu yang baru, kata Dr Mahathir serta menambah kerajaan PAS Kedah hanya meneruskan saki baki pembangunan kerajaan BN.
“Tahun 2008, orang Kedah nak cuba yang lebih baik lah katanya. Tapi apa yang kita nampak, hanya saki-baki pembangunan oleh kerajaan sebelum ini sahaja,” tambahnya.
Perdana menteri paling lama berkhidmat itu tidak menyalahkan rakyat Kedah yang membuat perubahan pada 2008, tapi berharap mereka jangan mengulangi perkara sama.
“Kita tidak segan bagi rakyat pilih, tapi sekarang rakyat boleh bandingkan.
“Mungkin rakyat ingat Pakatan lebih baik, tapi apa yang kita lihat tak ada satu pun yang baik. Cukuplah, sudahlah dan baliklah,” katanya lagi.
Walaupun menggesa orang ramai kembali kepada BN, Dr Mahathir mengakui sukar mempercayai pada usia 87 tahun beliau masih turun berceramah kepada orang ramai dan tidak ada pilihan lain untuk menyelamatkan parti pernah beliau ketuai sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri.
“Dalam 12 pilihan raya, tahun lepas yang paling buruk dalam sejarah BN.
“Ia terjadi bila saya berhenti, saya kena datang semula. Tak tahulah apa yang terjadi,” katanya.
Jika Kedah berjaya dirampas semula, Dr Mahathir yakin kerajaan BN mampu membangunkan negeri utara tanahair itu setanding dengan kemajuan negeri Selangor,” katanya lagi.
Dalam Pilihan Raya 2008, negeri Kedah buat kali pertama dalam sejarah jatuh kepada pembangkang PAS, PKR dan DAP yang kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat (PR), empat negeri lain juga jatuh kepada PR dalam kejutan “Tsunami Politik” pada ketika itu.
Sejumlah hampir 13.3 juta pemilih berdaftar akan membuang undi dalam pilihan raya kali ini.
Ahli politik daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) bertarung merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun pada Pilihan Raya 2013, 5 Mei depan.
The Malaysia Insider
*******************************************************************************
Oleh kerana dia merayu - Lihat dan dengar Video ini :
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.