Berita
ini tentu tak gamak disiarkan oleh TV3 dan RTM, namun TV Thailand boleh
menyiarkan untuk santapan berita dan pengetahuan rakyat Thailand. TV3
dan RTM hanya pandai membekukan otak rakyat Malaysia dan meremehkan
rakyat seolah-olah rakyat tidak mendapat sumber berita lain.
Semalam
kajian Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia
(UMCEDEL) mengumunkan kajian mereka yang 43 peratus pengundi di negara
ini berpendapat Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi PM Malaysia
berbanding 39 peratus untuk Najib Razak [Rujuk]. Berdasarkan kajian ini
TV Thai menyiarkannya.
Tujuannya
juga adalah untuk santapan berita rakyat utara Semenanjung – Kedah,
Kelantan, Perlis yang berhampiran sempadan Thai kerana mereka juga
mendapat siaran TV Siam.
Selepas pilihanraya, TV3 dan RTM akan berebut-rebut untuk mendapatkan berita kemenangan PR, Insyaallah…ini kalilah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.