[HD] KUALA LUMPUR: Jangkaan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali
terbukti pagi ini apabila semua calon DAP diterima untuk bertanding atas
tiket parti itu.
Mereka berjaya menggunakan logo DAP walapun sebelum ini Pendaftar
Pertubuhan (RoS) menyatakan mereka tidak mengiktiraf barisan kepimpinan
DAP yang ada.
Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali awal pagi ini berkata segala
tindakan yang diambil oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) adalah
bermotifkan politik semata-mata.
“Reaksi rakyat terhadap isu ini adalah di luar jangkaan Umno-BN. Maka, hasrat itu bakal terbatal. Senjata sudah makan tuan.
"Saya menjangkakan DAP akan dibenarkan menggunakan simbol Roket untuk
bertanding – keputusan ini juga bermotifkan politik,” kata beliau.
Mustafa berkata sekiranya betul calon-calon DAP tidak dibenarkan untuk
menggunakan simbol Roket pada penamaan calon hari ini, ia adalah satu
malapetaka kepada sistem demokrasi negara.
“Keputusan yang dibuat di saat-saat akhir ini begini telah menimbulkan
persepsi bahawa Umno-BN akan menggunakan segalanya, termasuk agensi
kerajaan untuk mengelakkannya dari tumbang,” tegas beliau.
Menurut calon-calon DAP, RoS telah memberikan surat rasmi kepada DAP bagi mengesahkan lambang Roket boleh digunakan.
Sehingga kini, tidak ada sebarang laporan DAP tidak boleh menggunakan logo mereka.
Duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.