Tuesday, April 2, 2013

PECAH BERITA! Bekas Ahli Umno Wakil DAP Raub!




Setelah pengumuman mengejut tiga hari lalu bahawa ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong akan bertanding di parlimen Kluang, satu lagi berita gembira buat warga Raub, Pahang.

Bekas ADUN Pulau Manis, Mohd Ariff Sabri Aziz atau Sakmongkol dipilih sebagai calon DAP bagi parlimen Raub bagi menghadapi calon Barisan Nasional (BN) yang masih belum dimumkan.

Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook yang menghantar satu mesej di Twitter menyebut pengumuman tersebut dibuat Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Ariff dalam tulisan di blognya sakmongkol.blogspot.com hari ini sudah membayangkan dia akan bertanding salah satu kerusi parlimen di Pahang tetapi meminta pembacanya menunggu pengumuman rasmi dari pemimpin parti.

Bekas ADUN Pulau Manis dalam parlimen perdana menteri, Najib Altantuya ini pernah menjadi setiausaha agung Umno bahagian Pekan pada tahun 2000 dan sangat kritikal terhadap presien Umno itu hingga digugurkan dari senarai calon pada pilihanraya umum lalu.

MCA yang mewakili BN masih belum mendedahkan nama calonnya, sekaligus mengesahkan spekulasi bahawa ahli parlimen Raub yang juga menteri pelancongan, Ng Yen Yen digugurkan semakin menjadi kenyataan.

Ariff pula merupakan calon DAP pertama dari kalangan bangsa Melayu yang sudah pastinya akan memberi khidmat terbaik kepada pengundi parlimen itu sekiranya menang dalam pilihanraya umum kali ini.

Parlimen ini mempunyai pecahan pengundi Melayu majoriti iaitu 50 peratus, kaum Cina 43 peratus manakala kaum India enam peratus.

Yen Yen menang dalam pilihanraya umum lalu dengan menewaskan calon DAP juga dari kaum Melayu, Abdullah Lebai Sudin dengan majoriti tipis 2,752 undi setelah menang bergaya pada pilihanraya umum 2004 dengan majoriti 9,752 undi.

Saingan sengit bakal tercetus kerana kem Yen Yen kini semakin kuat melobi Najib Altantuya untuk diletakkan sekali lagi tetapi Najib Altantuya mahukan calon baru untuk menggantikan Yen Yen yang pernah menimbulkan kontroversi ekoran salah guna kuasa menggunakan wang rakyat RM1.8juta bagi membuka enam akaun Facebook kononnya untuk tujuan pelancongan menerusi Tourism Malaysia dua tahun lalu.

JALAN PULANG

SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 01 April 2013)
1. Gombak - Azmin Ali (penyandang)
2. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar 3. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman 4. Batu - Tian Chua (penyandang) 5. Sembrong - Onn Abu Bakar 6. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (belum diumumkan) 7. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan) 8. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang) 9. Kuala Kedah - Dr Azman Ismail 10. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang) 11. Padang Serai - N Surendran 12 .Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty 13. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayyub 14. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang) 15. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang) 16. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang) 17. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang) 18. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari 19. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang) 20. Pandan - Rafizi Ramli 21. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin 22. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh 23. Saratok - Ali Biju 24. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit 25. Baram - Roland Engan 26. Limbang - Baru Bian 27. Nibong Tebal - Dr Mansor Othman (belum disahkan) 28. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (belum diumumkan) 29. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan) 30. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan) 31. Batu Pahat - Syed Hamid Ali (belum disah dan diumumkan) 32. Alor Setar - Gooi Hsiao Leung 33. Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (penyandang)
SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 01 April 2013)

1. Gelang Patah - Lim Kit Siang
2. Bukit Gelugor - Karpal Singh (penyandang) 3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang) 4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang) 5. Kluang - Liew Chin Tong (bertukar dari parlimen Bukit Bendera) 6. Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan) 7. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan) 8. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan) 9. Bentong - Wong Tuck 10. Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (penyandang) 11. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang) 12. Taiping - Nga Kor Ming (penyandang - belum diumumkan) 13. Raub - Mohd Ariff Sabri Abd Aziz
SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 01 April 2013)

1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)
2. Arau - Tuan Guru Haron Din 3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang) 4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang) 5. Pulai - Salahuddin Ayub (bertukar dari parlimen Kubang Kerian) 6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan) 7. Pendang - Mohamad Sabu (belum disah dan diumumkan) 8. Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (belum diumumkan) 9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang) 10. Tumpat - Kamarudin Jaffar (penyandang) 11. Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (penyandang) 12. Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (penyandang) 13. Baling - Taib Azzamudeen Mohd Taib (penyandang) 

Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.