KUANTAN, 2 April
- Orang ramai di seluruh bandar ini dan kawasan sekitarnya merungut dan
kecewa dengan masalah terputus bekalan air yang semakin kerap melanda
sekarang ini.
Walau pun isu ini sudah berkali-kali diwar-warkan, namun
nampaknya situasi yang melanda kini semakin teruk malah lebih
memburukkan. Berbagai aktiviti terjejas gara-gara masalah air yang
melanda.
Malah, tidak kurang juga yang kecewa kerana semenjak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) masalah air di Pahang semakin kritikal dan cukup membimbangkan.
"Saya amat terkilan kerana Kerajaan Negeri Pahang beriya-iya benar nak
jual air ke Selangor.. tapi rakyat sendiri terpaksa menanggung derita
akibat masalah air.. ini namanya "kera di hutan disusukan anak di rumah
mati kelaparan... gajah di sebarang laut nampak.. kuman di depan mata
tak nampak" akhirnya kami rakyat Pahang yang menjadi mangsa", kata seorang kakitangan kerajaan yang ditemui.
Sungguh memalukan, di kala Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak berbangga kononnya mahu ambil alih Kerajaan Negeri Kelantan
untuk menyelesaikan masalah air yang melanda negeri itu, tapi apa yang
berlaku sebaliknya.
Negeri Pahang sendiri yang mengalami nasib yang
lebih teruk dari apa yang disangka selama ini.
Kini seluruh Kuantan
menghadapi masalah air yang cukup teruk sekali.
Difahamkan, kawasan yang terjejas ialah seluruh Jalan Kuantan By Pass dari Lapangan Terbang sehingga seluruh Indera Mahkota termasuk Pandan, Permatang Badak, Bukit Rangin, Seluruh Jalan Gambang dari Kemunting sehingga simpang Gambang termasuk Tanah Putih,Batu 3,Sg.Isap,Permatang Badak,Taman Tas, Seri Mahkota,Jaya Gading,Sri Damai,Kem Batu 10, Sri Fajar, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Seluruh Jalan Sungai Lembing dari Indera Mahkota sehingga Bukit Bakong termasuk Kg.Pandan, Taman Impianku,Bukit Kuin, Batu Sawar, Seluruh Kawasan Galing, Air Putih, Bukit Sekilau, Jalan HJ.Ahmad sebahagian Bukit Ubi dan Jalan Lim Hoe Lek.
Difahamkan, kawasan yang terjejas ialah seluruh Jalan Kuantan By Pass dari Lapangan Terbang sehingga seluruh Indera Mahkota termasuk Pandan, Permatang Badak, Bukit Rangin, Seluruh Jalan Gambang dari Kemunting sehingga simpang Gambang termasuk Tanah Putih,Batu 3,Sg.Isap,Permatang Badak,Taman Tas, Seri Mahkota,Jaya Gading,Sri Damai,Kem Batu 10, Sri Fajar, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Seluruh Jalan Sungai Lembing dari Indera Mahkota sehingga Bukit Bakong termasuk Kg.Pandan, Taman Impianku,Bukit Kuin, Batu Sawar, Seluruh Kawasan Galing, Air Putih, Bukit Sekilau, Jalan HJ.Ahmad sebahagian Bukit Ubi dan Jalan Lim Hoe Lek.
Turut terlibat ialah seluruh
Jalan Pekan sehingga Kg.Ubai termasuk Inderapura, Indera sempurna,
Tanjung Lumpur, Peramu, Sg.Soi, Berjaya Permai dan sekitarnya. Menurut laporan dari laman web rasmi PAIP mendakwa gangguan tersebut berlaku akibat kerja-kerja penyambungan paip utama di Rumah Pam Kobat dekat
Sungai Lembing.
Namun, apa yang memusykilkan jika benar dakwaan PAIP
itu, kenapa ada sesetengah kawasan yang sudah mengalami masalah air
sejak dua tiga minggu yang lalu?. Inilah yang menjadi masalah sekarang
ini.
Jika berlaku di negeri pembangkang, sudah pasti begitu cepat media
arus perdana memainkan isu. Namun, bila berlaku di negeri Perdana
Menteri sendiri mereka semua menikus dan tidak mahu mendedahkan maslaah
ini kerana takut undi BN hilang pada PRU13 nanti. Akhirnya cerita isu
air dibakul sampahkan.
[Tolonglah
Kerajaan Negeri Pahang, usahlah menipu rakyat lagi dengan isu air ini.
Berpijaklah di bumi yang nyata. Buktikan BN mampu mengatasi masalaha air
seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri sendiri. Jika di negeri
pembangkang, mungkin masalah berlaku akibat peruntukan yang disekat dan
sebagainya.
Masalahnya, kenapa di Pahang iaitu sebuah negeri yang
ditadbir oleh UMNO BN turut mempunyai isu yang sama. Bukankah negeri BN
mempunyai cukup peruntukan yang boleh diperolehi dari pusat untuk
mengatsai masalah ini. Kenapa tidak dilakukan?
Mana pergi semua wang
tersebut?. Kerajaan Negeri rela memberi geran tahunan RM50 juta kepada
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) kononnya untuk dasar pengswastaan,
namun apa yang berlaku?.
Semakin dikorporatkan maka semakin teruk
masalah air di negeri ini?. Persoalan tentang Kuantan lebih teruk
sebenarnya. Sudahlah ibu negeri Pahang ini dilanda bah yang teruk awal
tahun ini, kini air pula teruk terputus di sana sini.
Kasihan rakyat
terpaksa menanggung derita akibat retorik politik pihak-pihak atasan
yang tidak cakna. Mereka yang menjadi mangsa bukan sahaja penyokong
pembangkang, malahan penyokong UMNO BN sendiri sebenarnya. Oleh itu
ubahlah sekarang !!].
Pahang Daily Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.