Monday, April 29, 2013

Panas!! Aku cabar Jawatankuasa Disiplin UMNO pecat Mahathir!


 
Dalam laporan media portal hari ini, Mahathir dipetik sebagai berkata;

"Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya membela Che Johan Che Pa jika beliau dibicarakan oleh Lembaga Disiplin Umno kerana tidak menyerahkan borangnya sebagai calon BN bagi Parlimen Pasir Mas pada hari penamaan calon, 20 April lepas."

Sebelum itu mari kita sorot kembali apa yangdikatakan oleh Tengku Adnan .. baca lagi ..

PUTRAJAYA, 16 April (Bernama) -- Tiada perubahan dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) yang diumum bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan ia adalah muktamad.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ini kerana pemilihan dan saringan telah dibuat secara teliti oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pembangkang akan berkata macam-macam kononnya, wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan anggota BN dan itu memang sudah dijangkakan.

"Tapi saya yakin semua dapat terima dengan hati terbuka, lagi pun aku janji telah dibuat dengan pengerusi parti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Tengku Adnan juga optimistik, dengan senarai calon tersebut BN mampu melakar keputusan lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan semua anggota parti, tindakan displin akan diambil oleh lembaga tatatertib,
sekiranya ada anggota cuba mensabotaj parti.
sumber sini

Ha!! Sudah baca???!!

Mana maruah Najib selaku presiden Barisan Nasional agaknya? Mahathir atau Najib presiden Barisan Nasional?

Tengku Adnan mungkin boleh jawab apa itu perkataan MUKTAMAD?

Jawatankuasa disiplin . hehehehe sudah bersedia untuk main wayang kulit? Aku cabar korang ambil tindakan pada Mahathir dan Che Johan .. ada berani?


PEN BURUK ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.