Sunday, April 21, 2013

Kemunculan bergaya Anwar di pusat pencalonan P044



Pagi tadi aku ikut perkembangan di pusat penamaan calon P044, Permatang Pauh yang berpusat di IKBM, Bukit Mertajam. Penyokong Pakatan Rakyat memang ramai menunggu di sana sejak awal pagi lagi. Sampai pukul 8 pun dah ramai menunggu.


Kedatangan Anwar diiringi oleh para penyokongnya menggamatkan suasana dengan kibaran bendera dan juga tiupan trompet binggit yang biasa digunakan oleh penyokong pasaukan bolasepak.

Anwar melangkah masuk ke pusat penamaan calon dengan dikawal rapi oleh ramai bodyguardnya yang hensem-hensem dan tegap bergaya.

Aku rasa Permatang Pauh merupakan antara tempat penamaan calon yang paling ramai wartawan media dan akhbar yang membuat liputan terhadap bakal Perdanan Menteri Malaysia itu.

Gambar di atas ni adalah gambar pencabar Anwar. Beliau merupakan bekas Ketua Pemuda Pas dan suatu masa dulu berkata bahawa Anwar telah masuk ke dalam tong tahik untuk mencuci tahik dari dalam. 
 
Katanya lagi Anwar buat kerja bodo dan hanya mengotorkan dirinya sendiri dengan tahik...tapi sekarang dia bertanding dalam keadaan duduk dalam tong taik!!!


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.