Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum
kita keluar beramai ramai mengundi untuk menentukan masa hadapan
Malaysia. Namun, Norman Abdul Halim atau Norman KRU seperti sudah nampak
masa hadapan.
Melalui akaun Twitter beliau hari ini,
Norman KRU menulis yang masa hadapan industri perfileman & muzik
tempatan dalam keadaan bahaya jika Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
di’benarkan berkuasa.
“Sorry ye, apa yang saya tweet ni mesti
penyokong PR tidak suka tapi ini realiti – kalau PAS berkuasa, industri
filem & muzik kita akan hancur”
“Bukan saja industri filem dan muzik
tempatan saja yang akan hancur; pengeluaran filem & muzik
antarabangsa di Malaysia akan turut terjejas,” tulis Norman KRU yang
menerima pelbagai reaksi.
Penyanyi & penerbit, Hafiz Hamidun
antara yang memberikan reaksi beliau mengatakan industri filem &
muzik tidak akan terjejas langsung malah apa yang perlu adalah produk
seni yang lebih berkualiti.- RK
***
Berat artis ni....
Kejar duniawi hingga lupa akhirat...
BATU VS KAYU
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.