Adam Hamid Original
Seseorang
telah post kedalam inbox saya " ustaz sepatutnya tidak berpolitik",
saya tidak menjawap didalam inbox dan memilih untuk menjawapnya diWall!
Setiap seseorang tidak dapat dipisahkan dengan politik, jika ia tidak berpolitik pasti ia akan dipolitikkan, apabila ia tidak menguasai politik pasti ia akan dikuasai oleh politik, apabila ia jahil dalam politik pasti ia akan dipolitikkan oleh orang jahil, apabila ia tidak menjadi orang politik pasti ia akan menjadi orang-orangan oleh orang politik, seseorang tidak berada didalam sebuah negara melainkan negara itu ditadbir oleh kuasa politik.
Agama mesti berkuasa keatas politik, bukan politik berkuasa keatas agama, politik mesti ditadbir oleh agama bukan agama ditadbir politik, ustaz mesti menjadikan politik mengikut Islam bukan Islam mengikut politik, jika tiada ustaz dalam politik nescaya terpisahlah politik itu dengan agama, ustaz mesti berpolitik supaya ilmunya dapat mengubah dasar politik bukan politik yang mengubah dasar agamanya, ustaz mesti berjuang menjadikan agamanya memiliki kuasa politik, supaya ia dapat berpolitik dengan politik Islam, adalah menjadi kesalahan jika sekiranya seorang ustaz membiarkan agamanya dipermainkan oleh kuasa politik, amat bahaya apabila seorang ustaz tidak berpolitik kerana pastinya orang yang jahil juga akan terikut-ikut dengan menyangka bahawa agama itu terpisah dengan politik.

~ saya kira orang yang mengirimkan kedalam inbox saya adalah merupakan
mangsa politik sehingga ia lupa ia sedang dipolitikkan oleh orang
politik sehingga ia tidak memahami politik~
satu perkongsian yang jelas dan terang Via Fb Ustaz Rosli Abdul Jabar...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.