Tuesday, March 5, 2013

TERKINI! 10 Ribu Penceroboh Bakal Memasuki Sabah?


 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.

Ketua Polis Negara, Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.

"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan serangan ofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.

Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.

"(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu, sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi," katanya.

Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugat ketenteraman awam di Sabah. 

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan yang diterima sebentar tadi, jurucakap Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) memaklumkan bahawa beribu-ribu orang Tausug yang berada di selatan Filipina iaitu Sulu, Tawi-Tawi dan Basilan bersedia untuk menceroboh Sabah pada bila-bila masa.
Habib Hashim Mudjahab mendakwa, mereka terkesan dengan serangan yang dilancarkan pasukan keselamatan Malaysia hingga ada di antara mereka langsung tidak mempunyai latihan asas ketenteraan.

Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.