PRESIDEN
Pertubuhan Pasokmomogun KadazanDusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri
Bernard Dompok menggesa kerajaan menarik balik kesemua kad pengenalan
yang dikeluarkan di Sabah dan mengeluarkan semula dokumen berkenaan
kepada golongan yang dikenalpasti sebagai warga yang sah.
Menurut laporan
Borneo Post, MP Penampang itu menuntut demikian untuk menyisihkan
golongan yang memiliki dokumen berkenaan secara tidak sah.
Anggota
exco kerajaan Sabah itu juga berkata, beliau akan mengesyorkan perkara
itu kepada suruhanjaya siasatan diraja mengenai pendatang asing di
Sabah.
"Ini
akan memberi peluang kepada kita di Sabah untuk membuktikan ketulenan
kewarganegaraan kita supaya orang Sabah yang asli sahaja diberikan
dokumen kerakyatan seperti kad pengenalan baru itu," katanya seperti
dipetik dalam laporan itu.
Kenyataan
itu disokong para pemimpin parti komponen BN yang mewakili kumpulan
Kadazan-Dusun Murut – Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph
Pairin Kitingan dan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph
Kurup.
Kedua-dua mereka hadir dalam sidang media sama, lapor Borneo Post.
Dompok
dilaporkan berkata demikian ketika melancarkan gerakan untuk membantu
gereja di negeri itu, yang dinamakan Operasi Tataba. (MKINI).
Sabahkini
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.