Sunday, March 3, 2013

Punca Perairan Sabah Mudah Di Bolos Penceroboh Terjawab.. Posted by Addin Deen

Mengapa perairan negara kita mudah di ceroboh terjawab apabila kerajaan Malaysia bawak umno BN menamatkan operasi Polis Marin dan setelah terlupusnya operasi Marin di Sabah.. berlakulah pencerobohan besar besaran pendatang asing masuk ke Sabah. 

Apakah penutupan operasi Polis Marin berkaitan dengan projek ic? Boleh jadi kelongaran perairan Sabah untuk memudahkan kemasukan Filipin bolos... maka SAH lah .. inilah antara puncanya mengapa dan bagaimana dengan mudahnya penceroboh memasuli negara kita dan menyebabkan berlakunya krisi Sulu dan akhirnya meragut nyawa polis dan orang awam....

Berikut perdebatan dalam parlimen berkaitan dengan pembatalan operasi marin Sabah. 


Jawapan Najib ketika ditanya berkenaan tindakan kerajaan terhadap pendatang di Sabah tahun 2008


Petikan DR 17/11/2009 (Muka Surat 41)


Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

12.40 tgh.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada tiga perkara iaitu P.6, Butiran 18000 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. B.6, Butiran 020200 - Unit Perancang Ekonomi dan juga P.6, Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan.

Tuan Pengerusi, saya mendapat maklumat bahawa kerajaan berhasrat untuk melupuskan Pasukan Polis Marin itu dan diganti dengan pasukan maritim yang sedia ada.

Sekiranya ini benar-benar berlaku, maka kebimbangan saya dan ramai lagi rakyat Malaysia terhadap keputusan ini amat melebar, iaitu kita maklum bahawa pasukan maritim ini baru sahaja diwujudkan di negara kita lebih kurang dua tahun atau tiga tahun.

Bayangkan bagaimana anggota Polis Marin itu sendiri telah berkhidmat dengan Polis Marin, tetapi tiba-tiba kerajaan membuat perakuan untuk membubarkan pasukan ini dan diambil alih oleh maritim.

Ini pada saya, dalam keadaan negara kita pada hari ini Tuan Pengerusi pun maklum, bahawa sempadan kita terlalu luas terutama sekali di Sabah, di kawasan Kelantan, Terengganu, Sarawak dan sebagainya. 


Apabila sempadan ini luas, maka unsur-unsur negatif jenayah penyeludupan, perdagangan manusia berleluasa.

Hari ini kita ada empat, lima pasukan pengawasan. Kita ada Polis Marin, kita ada maritim, kita ada kastam, kita ada imigresen, kita ada tentera, kita ada Polis Hutan, macam-macam ada, tetapi masih banyak juga unsur-unsur jenayah yang melanda di dalam negara kita.

Yang sedihnya, yang anehnya, lapangan terbang kita juga dibolosi oleh penyeludup. 


Iaitu baru-baru ini saya terbaca pagi tadi, dadah jenis Syabu dianggarkan berjuta-juta ringgit boleh lolos dari lapangan terbang dan di hotel pula baru ditemui.

Malu kita dengan negara-negara lain. Seharusnya lapangan terbang yang sebegini canggih dilengkapi dengan alat-alat pengesan yang cukup canggih sehingga apa sahaja benda dia bawa, maka boleh didapati dengan begitu mudah, tetapi tidak tahulah bagaimana pentadbiran di lapangan terbang ini boleh berlaku.

Jadi bayangkanlah bagaimana maritim itu sendiri boleh menguatkuasakan undang-undang atau boleh melaksanakan tanggungjawabnya di sempadan dengan berseorangan. 


Apa akan berlaku dengan negara kita? Kebimbangan saya bahawa kita akan berhadapan dengan satu mala petaka yang mungkin tidak boleh kita duga pada masa akan datang.

Jadi saya mencadangkan hari ini kepada kerajaan supaya hasrat untuk membubarkan Pasukan Polis Marin itu sendiri supaya ditangguhkan dan jangan sekali-kali mengizinkan satu badan seperti Maritim Malaysia untuk mengambil alih tugas-tugas Pasukan Polis Marin ini sebab ia akan mendatangkan kemungkinan-kemungkinan yang tidak boleh kita duga.

Rujukan : Hansard parlimen 17/11/2009 

http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-17112009a.pdf untuk pengesahan Parlimen 17/11/2009.



So jelaslah.. bahawa kerajaaan BN dan umnolah punca terjadinya BOLOS dan membiaknya kegiatan jenayah di Sabah.Adakah perlu kita sebagai rakyat akan megekalkan pemerintahan umno BN dan memberi undi dalam PRU 13?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.