Monday, February 25, 2013
Pengerusi SPR perli Najib sebab takut nak bubar parlimen?
Nampak macam pengerusi SPR ni macam nak bagitau Najib yang Najib dah silap perancangan.
Kalau bubar sebelum LIMA menggambarkan yang Najib BANGANG ekonomi, tapi kalau Najib bubar selepas LIMA menggambarkan yang Najib BANGANG politik.
Malaysiakini melaporkan:
KUALA LUMPUR: Parlimen dijangka dibubarkan selepas Pameran Udara dan Maritim Langkawi (LIMA) 2013 yang akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Mac hingga 30 Mac kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Menjelaskan ramalannya, Aziz berkata ia adalah kerana LIMA 2013 telah dirancang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak dua tahun lalu.
"Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz lagi. - Hrkh.
ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
Sebagai pengerusi SPR, tak payah la kut nak sibuk sama meramal bila tarikh pilihanraya, buat kerja hangpa dah la, belambak lagi kerja yang patut SPR buat tapi tak buat-buat terutama sekali membersihkan daftar pemilih supaya dilihat benar-benar bersih dan telus.
Kalau teringin nak meramal jugak, ramal sendiri-sendiri dah la, tak payah la nak cari publisiti macam orang poltik jugak.
Pun begitu, kalau tengok dari yang tersirat, semacam menggambarkan yang pengerusi SPR ni pun dah mula meluat dengan Najib yang sampai sekarang tak berani jugak nak bubat parlimen.
Harakahdaily juga melaporkan:
Walaupun Aziz menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau, tapi jangkaannya memberi maksud yang lain.
Tarikh luput parlimen adalah pada 28 April namun tarikh-tarikh DUN akan terbubar secara automatik adalah berbeza seperti di bawah:
21 Mac : Johor
26 Mac : N.Sembilan
7 April : Pahang
22 April : Selangor
24 April : Perak
26 April : Melaka
28 April : Perlis & Kelantan
29 April : Sabah
2 Mei : Penang & Kedah
5 Mei : Terengganu
Apakah ini bermaksud Aziz meramalkan Perdana Menteri akan membiarkan DUN Johor dan Negeri Sembilan terbubar secara sendiri pada 21 dan 26 Mac ini? - Ibid.
Nampak macam pengerusi SPR ni macam nak bagitau yang Najib dah silap perancangan. Najib dah terlepas tarikh yang sesuai untuk bubar parlimen.
Kalau bubar sebelum LIMA menggambarkan yang Najib BANGANG ekonomi, tapi kalai Najib bubar selepas LIMA menggambarkan yang Najib BANGANG politik.
Kemungkinan besarnya Pengerusi SPR ni dah mula bengang dengan Najib. Takkan langsung tak terasa hati kalau dah berapa kali SPR terpaksa buat kursus untuk petugas pilihanraya.
Dah berapa kali pengerusi SPR sebut kata SPR dah bersedia untuk buat pilihanraya tapi Najib tak berani jugak bubar parlimen. Jenuh dia tolong bersilat bila negeri yang PR perintah cadang nak buat pilihanraya berasingan sebelum ni.
Nak membangangkan Najib secara terus terang mungkin dia tak berani, takat bagi kenyataan dengan maksud tersirat macam tu ja la kut yang dia berani...
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/02/pengerusi-spr-perli-najib-sebab-takut.html#ixzz2LqAi7Pox
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.