Thursday, February 28, 2013
Manifesto Rakyat: Dr Mahathir anggap orang lain semua bangang.
Sinarharian melaporkan:
KUALA LANGAT - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan. - Sinarharian.
Naik kesian pulak aku tengok Dr. Mahathir ni, patutnya bila dah pencen boleh hidup tenang aman damai main dengan cucu cicit. Tapi dia lansung tak boleh hidup tenang walaupun dah lama lepas dari bebanan sebagai Perdana Menteri.
Dr. Mahathir ni jadi macam tu pasai dia rasa dia dia sorang saja yang pandai dan hebat, orang lain semua bangang.
Dia rasa dia cukup pandai dan hebat untuk meyakinkan orang ramai untuk percaya dengan logik dia yang dia gunakan.
Logik dia tu memang nampak logik bagi orang yang cuma dapat maklumat dari Utusan dan mulut pemimpin Umno saja. Memang nampak logik la kerajaan akan kurang pendapatan kalau kurangkan cukai dan tol.
Tapi bagi yang dapat maklumat dari sber lain, logik Dr. Mahathir tu adalah logik BANGANG untuk membangangkan pengundi supaya terus undi Umno BN.
Realitinya pakatan rakyat bentangkan Manifesto Rakyat tu dengan kos selepas buat kajian mendalam.
Keadilandaily melaporkan:
Beliau turut membentangkan huraian anggaran kos untuk menghapuskan tol, pelaksanaan bonus warga emas, royalti 20 peratus, pendidikan percuma, turunkan harga kereta dan lain-lain program ekonomi yang mencakupi pelbagai aspek keperluan rakyat.
Menurut Rafizi, keseluruhan anggaran kos program terbabit melibatkan RM45.75 bilion. - Keadilandaily.
Jumlah RM45.75bilion tu jauh lebih redah dari kos nak buat MRT yang bernilai RM80billion yang kalau kerajaan Pakatan Rakyat yang buat tentu jauh lebih murah.
Cenangau Daunkari.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.