KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu dan Naib Presiden PKR Tian Chua daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa Bersih 1.0 pada November 2007.
Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Datuk Jagjit Singh Bant
Singh dalam keputusannya berkata, kedua-dua tertu berjaya menimbulkan
keraguan munasabah semasa memberikan keterangan berhubung insiden di
hadapan Istana Negara.
Namun, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan disabitkan kesalahan kerana gagal timbulkan keraguan munasabah.
“Keterangan yang diberikan (Gobalakrishnan) hanya penafian kosong
semata-mata dan beliau tak ingat perkara yang berlaku pada hari
tersebut,” kata Jagjit.
~free malaysia today
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.