Pemangku
Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah telah bertitah di Wacana Perpaduan
Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk
Perpaduan ummah: Harapan, Realiti dan Cabaran.
Sebahagian dari rakaman titah baginda telah ditayangkan di https://www.facebook.com/ photo.php?v=157043607784576
Antara cadangan2 baginda adalah:
Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan Agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan.
Sebahagian dari rakaman titah baginda telah ditayangkan di https://www.facebook.com/
Antara cadangan2 baginda adalah:
Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan Agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan.
Bagi usaha meraih sokongan politik bukan lesen
membolehkan status bangsa digadaikan, titah baginda.
Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah.
Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.
Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya dari ILAHI, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa.
Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan.
Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah
dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan
yang telah diperkenankan penubuhannya, kata baginda.
Harap UMNO menghormati cadangan Raja Nazrin yg secara terang terang mengkritik pimpinan UMNO-BN dalam majlis tersebut.
DAULAT TUANKU..
Harap UMNO menghormati cadangan Raja Nazrin yg secara terang terang mengkritik pimpinan UMNO-BN dalam majlis tersebut.
DAULAT TUANKU..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.