Amilin Sulaiman's photo.
Semalam seorang kawan dari Sarawak memberi tahu beberapa hari lepas Mahathir Mohamad telah bertemu dengan para setiausaha politik perdana menteri dan menteri di Putrajaya dalam rangka memberi taklimat dan 'arahan-rahan' khusus berhubung pilihan raya.
Katanya hampir semua
setiausaha-setiausaha politik hadir.
Menurut kawan itu yang mengakui maklumat itu diperolehi dari salah seorang setiausaha politik yang hadir, antara apa yang dijelaskan oleh Mahathir ialah mengenai kedudukan UBN hari ini yang dalam keadaan kritikal dan kalah.
Jelas Mahathir buat masa ini UBN kalah dengan kekurangan 20 kerusi untuk mendapat majoriti mudah 112 kerusi.
Ini bererti kerusi yang dimenangi
UBN kini hanya sekitar 80 atau 85 kerusi saja manakala Pakatan Rakyat
meraih sekitar 130 hingga 135 kerusi.
Angka itu meletakkan UBN kehilangan sebanyak 60 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak.
Pertemuan itu katanya amat-amat sulit sekali.
Kawan itu tidak menyebut pula dari mana Mahathir mendapat angka ini atau pun apakah perkiraannya, tetapi khabarnya ia memeranjat mereka yang hadir.

Mahathir sendiri serius dengan angka itu lalu lantas membuat
beberapa arahan untuk dibuat tindakan segera.
Menariknya di sini inilah pertama kali Mahathir membuat pengakuan mengenai kedudukan sebenar UBN merosot begitu teruk sekali.
Menariknya di sini inilah pertama kali Mahathir membuat pengakuan mengenai kedudukan sebenar UBN merosot begitu teruk sekali.
Apakah pula tujuan pendedahan
maklumat yang boleh melemahkan UBN itu tidak diketahui.
Yang pastinya
menurut kawan itu seperti mana diberi tahu kawannya, Mahathir kecewa
degan perangkaan itu dan membayangkan sesuatu yang tidak mahu disaksikan
berlaku dalam pilihan ke -13 itu.
Pendedahan Mahathir ini seakan menyamai dengan apa yang disebut oleh bekas Penglima Tentera Darat, Abdul Gafir Abdul Hamid pada majlis perlancaran manifesto Pakatan Rakyat di Shah Alam semalam.
Pendedahan Mahathir ini seakan menyamai dengan apa yang disebut oleh bekas Penglima Tentera Darat, Abdul Gafir Abdul Hamid pada majlis perlancaran manifesto Pakatan Rakyat di Shah Alam semalam.
Ghafir memjelaskan sambil meminta rakyat
tidak perlu bimbang dengan peralihan kuasa yang berlaku selepas pilihan
raya nanti.
Katanya peralihan kuasa akan berjalan dengan selamat dan aman kerana beliau percaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sangat profesional dan taat kepada raja dan perlembagaan.
Katanya peralihan kuasa akan berjalan dengan selamat dan aman kerana beliau percaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sangat profesional dan taat kepada raja dan perlembagaan.
Penjelasan dan
pengakuan Ghafir sebagai bekas anggota tertinggi tentera itu
seolah-olah beliau sudah dapat merasai apa yang berlaku nanti.
Mungkin perasaan samalah yang dialami Mahathir sehinggakan beliau berkongsi kesedihan dan bimbang dengan para setiausaha menteri.
Mungkin perasaan samalah yang dialami Mahathir sehinggakan beliau berkongsi kesedihan dan bimbang dengan para setiausaha menteri.
Namun
dalam pada itu boleh jadi tujuan Mahathir berbuat begitu bagi mencabar
setiusaha politik itu berkerja lebih kuat lagi bagi memastikan
kemenangan UBN lebih besar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.