Wednesday, January 2, 2013

Roshayati Mari - Orang Asli Bermata Biru Berstatus Selebriti

 
Seorang wanita Orang Asal dan dua anaknya menjadi perhatian ke mana sahaja mereka pergi kerana memiliki mata yang berwarna biru.
Roshayati Mari, 26,dan anaknya Rofizi Baharom yang berusia empat tahun memiliki mata kiri yang berwarna biru manakala mata kanan mereka adalah berwarna hitam biasa. Dua anak beranak ini memiliki mata yang berlainan warna di kiri dan kanan.

Sementara itu anak lelakinya yang berusia 19 bulan bernama Rafizi baharom memiliki kedua-dua belah mata yang berwarna biru.

Sukarelawan perubatan Datuk Dr Yap Yit Thong yang menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma di kawasan pedalaman perkampungan Orang Asli terserempak dengan fenomena yang jarang berlaku semasa lawatan beliau.

"Tidak terdapat gen keturunan Eropah atau gen Kaukasia dalam keluarga itu," kata Dr Yap."Keajaiban memiliki mata biru tersebut mungkin disebabkan oleh mutasi gen atau kemalangan genetik," katanya.

"Anak mata mereka kelihatan redup tetapi mereka mempunyai penglihatan yang sempurna," katanya. "Ini merupakan kes baik untuk kajian genetik."

Roshayati berkata ramai orang bertanya tentang asal-usul keturunan keluarga beliau dan menambah bahawa anak-anaknya sangat terkenal seolah-olah memiliki "status selebriti" di kalangan masyarakat itu.

Keluarga itu tinggal di Kampung Orang Asli Batu 25, Jalan Pahang, di antara Tapah dan Cameron Highlands. - yahoo



Gendang Perang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.