Tuesday, January 1, 2013

Media mainstreams makin cacamarba??

 
Dah 2, 3 hari jugak la wa tak berblog kerana sibuk dengan urusan kerja dan peribadi. Tapi wa dok jenguk2 FB sekejap2 untuk ikut perkembangan semasa tentang politik negara ni. 

Yang paling hot sekarang ni kat media mainstream isu amanat Haji Hadi yang di buat pada tahun 1981 nun.


Punya la lama punya kesah kini di korek balik untuk di jadikan modal oleh Umno sebagai salah satu senjata untuk menghadapi pilihanraya yang bakal tiba tak lama lagi sebab tempoh hayat pemerintahan Umno/BN akan berakhir.

Ucapan yang di cetak dan di framekan dikatakan sebagai amanat. Pada zaman tu mana ada media macam la ni. 
 
Jadi cetakan dan sebaran melalui risalah jer la yang mampu untuk di jadikan sebagai medium penyampai maklumat kepada orang ramai. Lain la Umno. 
 
Depa kontrol habis semua media. Takkan penyebaran risalah macam tu boleh di anggap memecahkan umat Islam?

Sekarang ni wujud lagi ke sembahyang 2 imam kat Terengganu tu? Yang wa tau dulu wujud la sebuah kerajaan langit Ayah Pin. 
 
Tu pun hilang tanpa mampu untuk di jejaki kerana di katakan fundriser bagi Umno. Entah betoi, entah tidak, yang tu wa tak tahu dan wa tak tuduh pun. 
 
Cuma sikit lawak la bila seorang yang di kehendaki boleh lepas begitu sahaja sedangkan pergerakannya pernah di rakam di beberapa kawasan.

Berbalik pasal amanat Haji Hadi ni, wa tengok media kawalan Rais Yatim dah kelam kabut bila Haji Hadi mintak 1 jam secara live dalam media mainstream untuk membuat penjelasan. 
 
Gelagat Rais memang lawak dan kelam kabut sampaikan terpaksa mintak pulak pendapat ulamak upahan Umno untuk cover balik mistake yang dia dah buat.  

Yang wa heran, para alim ulamak yang bertaraf mufti upahan Umno ni ambik masa yang terlalu lama untuk menghuraikan isu yang di katakan amanat Haji Hadi tu. 
 
Dan yang paling peliknya, polemik ni di mainkan di saat semua sedang menantikan tarikh pilihanraya. 
 
Apakah para ulamak2 serta mufti2 yang kononnya tak berpihak ini akhirnya di jadikan alat dan senjata untuk menghadapi pilihanraya?

Dan yang paling wa nantikan apakah cabaran yang di buat oleh Haji Hadi akan di tunaikan secara langsung dalam media perdana. 
 
Atau apakah mungkin hanya rakaman yang telah diedit2 yang terpaksa di siarkan bagi mengelirukan lagi keadaan.

Jikalau rakaman, rasanya kita semua terpaksa tunggu lama sikit la sebelum lulus tapisan oleh maybe Najib dan Rosmah untuk di siarkan kepada tatapan umum macam kes rakaman BERSIH 2.0 dan 3.0 dulu la. 
 
Berminggu2 masa yang di ambil bagi menyiarkan video rakaman kejadian yang berlaku waktu tu. Macam haramzzzz....
 

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..
 
 
ADA AKU KESAH !

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.