Monday, December 31, 2012

Rupanya Sebab Ni Najib,Deepak Tidak Di Siasat Sehingga Ke Hari Ini - Posted by Addin Deen

 
KULIM 30 DISEMBER: Datuk Seri Najib Razak terlepas dari tindakanundang-undang sekalipun didedah berperanan dalam menarik balik akuanbersumpah P Balasubramaniam kerana beliau masih Perdana Menteri.
 
Sebaliknya, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi sasaran pendedahan Deepak Jaikishan, Ketua Umum KEADILAN itu pasti dikenakan tindakan termasuk ditangkap.
 
Pada ceramah di Sungei Limau, Kulim, malam semalam, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata Najib langsung tidak disiasat, apatah lagi ditangkap.

“Ini membuktikan amalan double standard dalam sistem perundangan kerajaan Umno BN.“Malah, Deepak tidak dipanggil untuk disiasat, baik polis atau SPRM. 
 
Tapi jika dakwaan melibatkan Anwar, percayalah dengan segera mereka geledah dan serbu Ketua Pembangkang.

“Kita akan tanya SPRM kenapa tak siasat walaupun Deepak sudah dedahkan bukti penglibatan Najib dalam isu SD Bala,” katanya.
 
Saifuddin berkata, pihak berkuasa melindungi Najib dan pemimpin Umno BN walaupun mereka terbukti terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat.

Beliau berkata, sikap berat sebelah itu jika dibiar berterusan akan merosakkan sistem keadilan dan perundangan di negara ini.
 
“Rakyat yang miskin dan tidak berwang akan menjadi mangsa kepada sistem perundangan yang tidak adil.

“Jika tiada perubahan dalam PRU 13, musibah akan menimpa negara dan mendatangkan kesengsaraan lebih teruk kepada rakyat selama lima tahun akan datang,” katanya. ~kd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.