Saturday, December 29, 2012

Lakonan Umno Pulau Pinang Kantoi..

 
Hebat lakonan UMNO Pulau Pinang yang menggunakan 4 helai bendera PAS untuk demo bantah LGE... entah bila masa la penyokong PAS pakai topi sudu...hahahaha... bendera pun gaya rembat kat tepi jalan.... muka tak siap semua.....huhuhuhuhuhu... muka depan UTUSEX lagi

MOHAMED Hafiz Mohamed Nordin (ahli UMNO yang dulunya ahli pas memegang pembesar suara) menyampaikan ucapan kepada ahli-ahli pelbagai NGO dan anggota Pas yang menyertai perhimpunan aman membantah kenyataan Lim Guan Eng menuntut kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu di hadapan Komtar, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 28 Dis.
- Marah dan rasa terhina dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu, hampir 100 umat Islam termasuk ahli Pas hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakannya.

Diketuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), perhimpunan itu diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Simpang Enam, Jalan Macalister di sini sebelum berarak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang, kira-kira 500 meter dari situ.

PAS P.Pinang nafi terlibat demo berhampiran Komtar

PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.


Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.


Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi.


Saya tidak tahu-menahu tentang demo ini. Tiada sebarang penganjuran daripada PAS Pulau Pinang untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.


Difahamkan sekumpulan pemuda mengadakan demonstrasi di Masjid Simpang 6 bagi dipercayai membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.


Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS.


Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.


"Kita ada saluran kita sendiri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.


Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz.


Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang sengaja mencetuskan kekeliruan di kalangan rakan Pakatan Rakyat dengan mengatakan demonstrasi tersebut adalah anjuran PAS. ~harakahdaily








http://dppwm.blogspot.com/2012/12/hebat-lakonan-umno-pulau-pinang.html



Posted By : Jeebond

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.