Saturday, December 29, 2012

Ketua Bahagian UMNO Pandan Dihukum Penjara 8 Tahun Atas 10 Tuduhan Rasuah


Kuala Lumpur: Ketua Bahagian UMNO Pandan, Abd Ghani Ismail (gambar), dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512, enam tahun lalu.


Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda berjumlah RM977,560 terhadap Abd Ghani Ismail, 46, bagi semua tuduhan dihadapinya.

Rozilah turut menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi.

Mengikut rekod, pada 8 Feb 2011, ketika dibacakan lapan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ketua UMNO Bahagian Pandan tersebut pengsan dalam kandang tertuduh.

Kemudiannya pada 28 Jun pula beliau telah diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007 terhadapnya.

Ulasan GB


Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Si perasuah tidak akan terlepas, baik ikan bilis, apatah lagi ikan jerung.

GB berdoa dan yakin seorang demi seorang ahli dan pemimpin UMNO, dari pencacai sehinggalah ke peringkat pimpinan tertingginya akan disumbatkan ke dalam penjara.


Mereka tidak akan dilepaskan begitu saja.



 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.