Saturday, November 3, 2012

Siapa orang dekat dengan Dr M dakwa orang tua tu suruh undi PR?

 
Cara mudah untuk menidakkan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad ialah tuduh dia nyanyuk. Cara itu mengingatkan masa saya sekolah rendah atau mungkin sekolah menengah dulu. Tak ingat bila.
Waktu tu, bila bertengkar dengan kawan-kawan, mula-mula memang sama-sama guna hujjah yang ada. Penghujungnya, bila dah tak ada hujjah, mulalah mencarut. Maknanya, bila dah mula mencarut tu, tu tanda dah tak ada hujjah dah tu. Bila dah dewasa, kita dah tak layan dah orang yang mula mencarut kerana tak ada hujjah. Bodoh sangat kalau kita buat gitu.

saya tak bercadang nak membalas apa Dr Mahathir kata. Apa dia kata hak demokrasi dia.

saya hanya nak cerita semula cerita-cerita yang saya dengar. Saya banyak sungguh dengar cerita yang Dr Mahathir tak puas hati sungguh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

saya dah pernah tulis dalam blog ini beberapa bulan lalu tentang cerita seorang kawan dari Pasir Mas. Dia mendakwa kepada saya bahawa Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa tetapi lebih dikenali dengan nama perkosa), Datuk Ibrahim Ali bercerita kepada beliau bahawa Dr Mahathir kata kepadanya supaya bagi menang Barisan Nasional (BN) dulu dalam pilihan raya. Lepas tu, buang Najib. 



Didakwa juga kepada saya bahawa selain Ibrahim, Tan Sri Sanusi Junid juga ada bersama ketika Dr Mahathir kata begitu. Walaupun saya tidak dapat mengesahkan kebenaran cerita kawan dari Pasir Mas yang sangat kritikal terhadap PAS dan Pakatan Rakyat (PR) itu, tetapi seingat saya dia tak pernah bohong.

Saya juga ingin bertanya, adakah Dr Mahathir tahu bahawa orang-orang yang dekat dengan dia, walaupun bukan anak atau isterinya, sekarang bercerita sana sini lebih kurang begini:

"Gila dah! Orang tua tu asyik bagi tau orang sana sini (supaya) undi Pakatan Rakyat".

Siapa orang itu, Dr Mahathir tentulah lebih dari bijak untuk mengenalpasti siapa dia. Maklumat yang saya dapat ialah orang itu dekat dengan Dr Mahathir. Takat tu ja yang saya dapat tau. Lebih dari itu saya tak tau. Tu pun saya curi dengar orang bersembang masa orang belanja saya minum di Bangi Kopitiam.

Berikut pula antara catatan dalam Facebook saya:

Seorang kawan tadi memberitau saya kabinet dlm PAS selepas pemilihan akan datang, yg dijangka pada tahun hadapan. Apa pendapat anda dgn kabinet ultimate mereka yg berikut?

Presiden:
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden:
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden:
Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi
Ustaz Idris Ahmad
Salahuddin Ayub (akan diganti dgn Ustaz Abu Bakar Chik jika Salahuddin tak dengar cakap)

Ketua Pemuda:
Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
(setakat itu sahaja maklumat yg saya dapat)
 
saya tidaklah berminat dan tidak tertarik langsung dgn janji2 Pakatan Rakyat. Ia hanya boleh dipercayai bila dah jadi kenyataan. saya hanya berminat hendak bersama2 membunuh kuasa parti syaitan. Yg tu dulu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.