Monday, November 5, 2012

Segala masalah dalam Umno tertumpu kepada Mahathir

Si Pencen Yang Merasakan Dirinya Masih Berkuasa


Pencen, buat lah cara orang pencen, walaupun dah pencen Mahathir tetap dengan kegemaran yang suka simbah minyak petrol ke dalam api untuk membakar api perkauman. Gurkah-gurkah politik di'port' pula anggap bukanlah seperti dia seorang bekas pemimpin sebuah Negara, tetapi lebih kepada macam komunis daaa... Kenapalah dia sentiasa saja mahu menjadikan dirinya sensasi? adakah sebab mahu mencuri perhatian media atau memang Mahathir ini seorang yang gilakan 'flash-light camera' dan wartawan?

Mahathir ini dia 'old school', dia sentiasa anggap orang melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya masih bodoh, masih bangang dan jahil kerana tidak boleh membaca apa yang ada dalam kepala otak dia dan dia ingat kita semua tidak paham tindakannya itu. Sejak kebelakangan ini, kebanyakkan kenyataannya begitu menyakitkan hati gurkah-gurkah ini.

Tidak, dan tidak, BN/umno tidak pernah melakukan sesuatu kerana rakyat, mereka hanya akan melakukannya jika ia menjana wang untuk mereka dan kroni. Tidak hairanlah jika negara kita berada dalam keadaan yang menyedihkan jika dibandingkan dengan Thailand yang di utara dan Singapura yang berada di selatan tanah air.

Terima kasih lah kepada puji-pujian pencacai dan banyak lagi komen-komen tidak masuk akal yang membawa kita kepada satu perkara..... Mahathir adalah yang TERBAIK dan HANYA DIA sahaja yang mampu melakukan apa sahaja untuk Malaysia. Tidak hairanlah jika kredibiliti BN/umno telah tenggelam ke dasar laut dan tidak mungkin akan dapat dinaikkan ke daratan lagi.

Mungkin inilah sebabnya kenapa rakyat Malaysia tidak mengambil serius, tidak ambil 'pot' dan tidak menerima bulat-bulat perumpamaan Mahathir tentang syaitan dan malaikat. Yang pasti, rakyat sudah membuat keputusan tentang apa pendirian Mahathir yang sebenar.

Pembangkang yang dilabel Mahathir sebagai ‘malaikat’ juga seronok dan menikmati lawak dari Mahathir ini. Padan muka UMNO! -dollahyankee

Segala masalah dalam Umno tertumpu kepada Mahathir

BATU PAHAT: Segala masalah yang dihadapi Umno dan negara sekarang ditujukan sepenuhnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sekurang-kurangnya, tiga dari bekas pemimpin Umno yang meninggalkan Umno meletakkan kesalahan itu kepada Mahathir.

Datuk Tamrin Ghafar, Datuk Kadir Sheikh Fadzil dan Datuk Yahya Lampong meletakkan kesilapan Dr Mahathir atas kehancuran Umno sekarang.

"Umno dah rosak dan Dr Mahathirlah punca segala kerosakan ini," kata Tamrin Ghafar dalam Konvensyen PAS Johor hari ini.

Tamrin, Kadir dan Yahya sudah mengumumkan pendirian mereka meninggalkan Umno.

Ketiga-tiganya meletakkan Mahathir sebagai punca utama mereka tinggalkan Umno.

Kira-kira 750 pemimpin PAS peringkat kawasan dan negeri menyertai konvensyen ini menyebabkan Markas Tarbiyah PAS Parit Bisu, Batu Pahat penuh sesak.

"Kita jangka 500 sahaja yang hadir.

Tak sangka pula begini ramai," kata Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Pesuruhjaya PAS Johor kepada Harakahdaily.

Tamrin adalah salah seorang pembentang kertas kerja dalam konvensyen ini.

Turut datang adalah Datuk Abdul Rahman Yunos, AJK Umno Bahagian Segamat yang menjadi tetamu konvensyen.

Petronas

Bukan sahaja Umno rosak, Petronas juga rosak apabila Mahathir menjadi penasihatnya, kata Kadir.

"Dr Mahathir, Penasihat Petronas sepatutnya bantu Petronas tetapi dia lebih bantu anaknya, Mirzan yang sebelum ini pemagang saham 19.

9 peratus San Maguel, syarikat arak yang kini menguasai rangkaian stesen minyak Petrol.

"Awas tuan-tuan, jangan sampai kereta tuan-tuan mabuk pula," kata Tamrin.

Menurutnya, satu kawasan carigali minyak baru dekat Sabah telah diserahkan kepada Kencana Oil, milik Mirzan yang sepatutnya diserahkan kepada Petronas.

"Atas sebab-sebab itulah saya lari," kata Tamrin menafikan beliau berhasrat mahu bertanding.

"Saya lari tu bukan nan tanding, tak nak dah. Saya jadi MP dah dua penggal, dah jadi Pengerusi Mara dan sebagainya.

Dah cukup tu," katanya.

Tamrin juga berkata, kalau selama Wanita Umno sangat kuat tetapi kini sudah lembik.

"Naib Wanita Umno kata mereka sudah malu turun ke bawah kerana kita sudah dianggap 'wanita lembu', sedangkan selama ini mrekalah yang paling berkesan," kata Tamrin. -HD

PR: Kami semakin kuat, pandangan Mahathir tiada asas


SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menyangkal dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerjasama perikatan berusia empat tahun itu hanya bersifat sementara.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, PR tetap bersama mentadbir kerajaan sekiranya menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, PR akan bersama dengan mengamalkan konsep yang telah dipersetujui parti walaupun mempunyai ideologi yang berbeza.

Tambahnya, "kejayaan PR bersama mentadbir empat negeri yang diperintah membuktikan kita sentiasa bersama dan akan kekal begitu.

" "Kenyataan Dr Mahathir adalah untuk menakutkan rakyat, tapi rakyat sudah tidak kisah dan mereka yakin kerajaan alternatif mampu memberi perubahan.

"Kita hendak katakan kenyataan beliau sama sekali meleset, kita semakin kuat dan bersatu," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Kelmarin, Dr Mahathir menyifatkan kerjasama PR bersifat sementara dan sekadar mahu memenangi pilihan raya umum.

Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang mempunyai kerjasama rapat selama 55 tahun dan persefahaman, beliau berkata, dalam pakatan pembangkang itu sendiri sebenarnya tiada persetujuan dan tiada perancangan masa depan.

“Kita harus ingat pakatan bukan gabungan. Pakatan adalah perjanjian secara tidak bertulis yang mahu bekerjasama melawan BN, itu sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, jelas PR mempunyai kerjasama dan kebersamaan antara parti dan tidak akan berpecah jika menang pilihan raya pada kali ini.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, PR akan tetap kekal bersama sampai bila-bila selagi berpegang kepada konsep yang diamalkan PR.

Beliau juga berkata, rakyat tidak lagi mengambil kisah dengan kenyataan yang berunsur ugutan dan cubaan menakutkan, tetapi mereka sepakat untuk membuat perubahan bersama kerajaan alternatif PR.

"Kata-kata Mahathir sekarang sukar dipegang dan sering berubah, tak apalah kita tak mahu layan dengan kenyataan beliau yang mahu takutkan rakyat itu.

"Kita Pakatan, tetap kekal bersama dan rakyat pun sudah tidak peduli dengan kenyataan-kenyataan pemimpin BN untuk melakukan perubahan kerajaan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena -SH

Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.