Monday, November 5, 2012

KAJIAN UM : Senario Politik Kini - Kaum Cina Memahami Hudud....


Meskipun isu hudud semakin kerap dijadikan bahan mainan politik MCA dan Umno, sokongan masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina didapati makin meningkat.
Keadaan ini berlaku apabila masyarakat bukan Islam di negara ini mulai memahami isu sebenar mengenai undang-undang jenayah Islam ini.

Selain itu, kejadian jenayah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini juga menjadi pendorong utama kepa
da golongan bukan Islam itu menerima hudud sekiranya dilaksanakan.


Demikian menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kepada TV Selangor ketika mengulas kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

“Alhamdullilah, ini juga disebabkan usaha kita memberikan penerangan kepada orang ramai termasuk yang bukan Islam bahawa hudud itu adil untuk semua.

“Mereka juga semakin tertekan dengan peningkatan kadar jenayah di negara ini lalu mereka perlu memilih samada peningkatan jenayah atau hudud,” kata beliau.

Beliau juga percaya masyarakat bukan Islam semakin percaya bahawa hukum hudud mampu membendung peningkatan kadar jenayah di negara ini.

Dalam kaji selidik terbaru UMCEDEL, menunjukkan masyarakat Cina di seluruh negara semakin ramai yang memberikan sokongan perlaksanaan hukum hudud.

Menurut kajian yang dijalankan pada 1 hingga 16 September tersebut, sokongan pengundi Cina meningkat sebanyak 12 peratus kepada 24 peratus berbanding kajian sama yang dijalankan kira-kira sembilan bulan lalu.

Kesimpulan kajian yang melibatkan seramai 385 responden dari kaum Cina itu turut menyebut peningkatan hanya satu peratus penentangan dan penurunan 13 peratus bagi golongan tidak pasti terhadap perlaksanaan hukum hudud menjelaskan bahawa pengundi Cina semakin memahami isu tersebut.

Kajian tersebut turut menjelaskan bahawa generasi muda Cina menunjukkan kecederungan untuk memahami perlaksanaan hukum hudud berbanding dengan mereka yang lebih berumur.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.