Thursday, November 1, 2012

Apa yang dilakukan Mahathir, dirasai sekarang - YB DRS. KHALIL IDHAM LIM

 
16 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

ANGKARA kegilaan bangunkan negara tanpa mengimbangi tahap pencapaian orang Melayu pada zaman Mahathir , merupakan antara punca orang Melayu terus ketinggalan . 
 
 
KEGELOJOHAN Mahathir untuk capai negara maju waktu itu tidak mampu melibatkan orang Melayu secara keseluruhan kecuali segelintir kroni terpilih sahaja . Sebab itu DEB untuk Melayu capai 30 % gagal .

Kesan KEGELEJOHAN tersebut , pembangunan negara tampak hebat , nilai hartanah melambung , malang nya tahap orang Melayu masih rendah . Dengan tahap rendah sudah pasti pendapatan pun rendah , Maka berlaku lah gejala tidak seimbang , harga negara terus mahal sebaliknya pendapatan rakyat , khusus orang Melayu terus murah . 

Saya masih ingat kumpulan kami beli Van Nissan C20 hanya dengan harga RM17,000 sahaja pada tahun 1985 . Untuk tunai Haji hanya RM5,000.
 
Yang menjadi masalah nya hari ini harga barangan , perkhidmatan dan pengurusan meningkat berkali ganda , sedangkan pendapatan rakyat sekadar sekali ganda . 
 
Kesan nya rakyat semacam dipaksa memerah tenaga siang dan malam untuk meningkatkan pendapatan bagi mengejar kos hidup yang terus meningkat . Menunjukkan rakyat , khusus orang Melayu belum bersedia , berbanding kaum Cina yang sudah lama terlibat dalam dunia perniagaan . 

Setelah kita di dedahkan dengan pelbagai ketirisan kewangan yang bernilai bilion trilion dalam kegelojohan membangunkan negara maju , barulah kita sedar bahawa rupa nya Mahathir ketika itu telah pun punya agenda tersendiri . Atau beliau terikut-ikut cara Jepun maju melalui program pengswastaan , melalui slogan Pandang Ke Timur waktu itu . 
 
Tanpa menyedari majoriti orang Melayu tidak mampu mengejar . Diberi pada kroni Melayu projek , banyak yang gulung tikar sebab bukan ushawan , yang ada Melayu kaya dengan komisyen dan sebagai proksi pemegang harta pemimpin .

Bagaimana Malaysia hari ini ? , MALAYSIA HARI INI MERUPAKAN SEBUAH NEGARA YANG TIDAK SEIMBANG . HANYA TERSERLAH DI KALANGAN NEGARA DUNIA KE TIGA . ITU PUN KITA SUDAH MULA BERSAING DENGAN MEREKA . 
 
MALAYSIA TIDAK AKAN MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU DENGAN PEMBANGUNAN FIZIKAL SEMATA-MATA , SEDANGKAN TAHAP PEMIKIRAN PEMIMPIM DAN ORANG MELAYU MASIH DI BELENGGU MENTALITI MELAYU ZAMAN SILAM .
 
 
 
selatan online/-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.