Saturday, November 3, 2012

1103-Kerajaan bermentaliti zaman batu wajar ditolak

Malam ini akan berlangsung program Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat di Seremban dan dijangka lebih dari 50,000 orang akan hadir. 
 
Seperti biasa apa sahaja yang dilakukan oleh PR akan mendapat halangan dari pihak berkuasa dan penyokong-penyokong mereka kerana ketakutan mereka melihat kebangkitan rakyat untuk melakukan perubahan yang sejati dalam negara kita.

Program ini telah terpaksa berpindah sebanyak tiga kali untuk mendapatkan tempat yang sesuai kerana penganjur himpunan ini tidak diberikan permit oleh pihak polis. 
 
Walau bagaimana pun ia akan tetap diadakan dan lokasi yang dipilih ialah Seremban Jaya yang mampu menampung kehadiran seramai 50,000 orang peserta itu. 
 
Ada pihak yang telah mengugut yang program ini akan mencetuskan pergaduhan jika pihak Polis tidak menghalang program ini diadakan.

Beberapa NGO dan ketuanya di kenalpasti sebagai Major (bersara) Razali Zakaria telah mengugut jika program ini masih di teruskan mereka akan menghalangnya seratus peratus dan jangan salah pihak NGO ini jika berlaku perkara yang tidak diingini berlaku. 
 
Ugutan pihak ini jelas menunjukkan bagaimana terdesaknya pihak yang mereka sokong sehinggakan mengugut untuk mengganggu program ini serta menghalangnya untuk berlaku.

Bagi PR, UMNO boleh melakukan dan mengadakan apa-apa jua program dan PR tidak akan menentangnya. Tetapi adalah menjadi kewajiban moral bagi NGO ini untuk bertindak ganas seperti yang mereka ugutkan itu. 
 
PR tidak pernah berniat untuk melakukan pergaduhan seperti itu berlaku, tetapi jika ia berlaku juga maka kita tahu siapa yang memulakannya dan Major (B) Zakaria itu patut menjadi suspek utama jika pergaduhan dan insiden tidak diingini berlaku kerana beliau telah jelas mengugut untuk melakukan sesuatu jika program ini terus di adakan.

Kita tidak nampak apa rasionalnya untuk memburukkan PR jika perkara yang tidak diingini berlaku kerana yang akan memulakan pergaduhan itu ialah NGO yang sebenarnya adalah penggiat Perkasa Negeri Sembilan. 
 
Kali ini kita mahu melihat pihak polis melakukan pemantauan dan mencegah mereka (NGO-NGO) ini mengganggu himpunan rakyat ini.

Rakyat mahu melihat ada kebebasan untuk melakukan tuntutan yang belum tertunai oleh pihak pemerintah yang sangat asas kepada rakyat iaitu pilihanraya yang bersih dan telus. 
 
Pihak kerajaan (BN) wajar belajar untuk meningkatkan moral mereka jika benar-benar mahu di iktiraf rakyat sebagai sebuah kerajaan yang bersih dan telus. Ini merupakan perkara asas dan ia tidak sepatutnya tidak dilakukan dan tuntutan yang dibuat melalui himpunan ini wajar di benarkan. 
 
Malahan perhimpunan ini patut di bantu oleh pihak berkuasa untuk berlaku tanpa gangguan dari pihak seperti NGO yang saya sebutkan tadi.

Mahjor (B) yang mengetuai kumpulan yang membuat ugutan ini patut di ambil tindakan secara ‘pre-emptive’ untuk mempastikan yang mereka tidak menjadi pengacau yang bertindak secara pengecut ini. Kita di fahamkan yang kumpulan ini adalah didorong dan disokong oleh Menteri Besar Mohammad Hasan yang tidak semenggah itu. 
 
Ada di antara mereka adalah pemimpin bahagaian Rembau yang diketuai oleh Mohamad Hasan dan Mohamad Hasan patut dipertanggungjawabkan kerana membiarkan pengikutnya melakukan perkara yang anti-sosial yang serius ini.

Jika insiden buruk dilakukan oleh kumpulan ini pada malam ini, rakyat harus bertindak dengan serius dan berpukulan maut kepada BN dalam pilihanraya ini supaya budaya ini kita hentikan dengan mengenepikan pihak yang menjadi penganjur kepada tindakan yang tidak senonoh ini. Tindakan yang tidak berbudaya ini mesti di hentikan dengan menolak BN secara terus dalam pilihanraya kali ini. 
 
Kita tidak hanya bertindak kepada pelaku tindakan buruk ini, tetapi kepada pihak yang bertanggugjawab membiarkan budaya samseng yang sudah luput dimakan zaman ini.

Oleh kerana ada ugutan seperti ini, maka adalah lebih bermoral bagi setiap rakyat untuk hadir dan menghadapi mereka yang begitu keparat sifatnya dengan hadir beramai-ramai untuk menunjukkan yang kita juga merupakan anak-anak jantan yang tidak rela diperbodoh-bodohkan oleh pemimpin seperti Mohamad Hasan yang telah hilang hidayah ini.

Rakyat merindukan ketelusan dan dapat merasakan ‘sense of ownership’ terhadap negeri dan negara mereka dengan bebas untuk melakukan kebaikan dan pembaharuan terhadap kepimpinan yang semakin hari semakan kuno mentalitinya. 
 
Kita mahukan sebuah negara yang sentiasa sebaris dengan negara maju dalam kontek budaya dan kepimpinannya.

Jika ada gangguan pada himpunan itu malam ini maka ia sudah menjadi kewajipan bagi semua rakyat yang mahukan negara yang sihat mentaliti kepimpinannya dan tidak bersikap kurang ajar kepada rakyat yang ramai-ramai sedang menuntut keadilan dan hidup dalam negara yang bermaruah dan ber ‘dignity’ buat warisan kepada generasi kita yang akan datang.

Kita wajib memerangi BN habis-habisan melalui pilihanraya yang adil dan saksama dan kita lakukan dengan penuh bertanggungjawab berlandaskan kepada demokrasi tulin dan dengan cara yang dibenarkan oleh undang-undang dan selari dengan apa yang terkandung dalam perlembagaan negara kita ini.

Itulah sebabnya Putrajaya dan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan NS wajib di ambil alih oleh pihak ‘alternative’ kali ini kerana kita tidak mahu lagi ditadbir oleh penyangak-penyangak BN ini. 
 
Parti dan pemimpin yang bermentaliti manusia zaman batu ini wajar diketepikan tapi lakukanlah dengan berhemah dan berbudaya.

Kita mahu dipimpin oleh kerajaan dalam mana pemimpin-pemimpinnya menggunakan otak dan pemikiran yang sihat, dan tidak kepimpinan yang menggunakan lengan dan otot seperti kepimpinan zaman batu dahulu.
 
Kita sudah mual dengan cara pimpinan hari ini kerana mereka seolah-olah masih dalam zaman bercawat tanpa berfikiran dan agama./Aspan Alias
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.