Friday, October 26, 2012

UMNO Punca Melayu Mengemis Di negeri Sendiri

Dalam ucapan dalam majlis Ekonomi Melayu, mahathir mengakui orang Melayu kini umpama mengemis di negeri sendiri. 

Persolanya, adakah Melayu mengemis berpunca dari pakatan Rakyat? Siapakah yang meemrintah negara selama ini sehingga Melayu menjadi pengemis kini?

Memang benar katanya Melayu mengemis kerana dalam negara kita ini yang tidak mengemis, yang kaya raya, yang hidup mewah ialah Mahathir anak beranak, pemimpin UMNO Pusat dan Negeri anak beranak, keluarga mereka yang terdekat, kroni-kroni sahaja. 


Orang Melayu bawahan kebanyakanya hidup mengemis kerana harta mereka, harta negara, tanah mereka habis dirompak dan disamun oleh Mahathir dan pemimpin UMNO Pusat dan Negeri.


Jadi Mahathir telah merayu orang Melayu agar terus memberi sokongan kepada UMNO dalam PRU13 kelak supaya orang Melayu akan lebih ramai yang mengemis dan hidup melarat manakala Mahathir anak beranak dan pemimpin UMNO akan bertambah kaya kerana berjaya untuk terus menipu rakyat dan merompak harta negara. 


Bila semua harta negara dan harta rakyat disamun, mereka ini akan lari ke luar negara dan tinggalkan hutang dan orang Melayu umpama menumpang di negara sendiri. Inilah sebenarnya pembohongan dan tipu muslihat Mahathir dan pemimpin UMNO sejak dulu hingga sekarang. 

Oleh kerana Melayu dalam UMNO semuanya bangang, tolol dan bebal maka, semuanya terpedaya dan terpengaruh dengan hasutan pemimpin mereka.

Lebih 50 tahun sudah UMNO telah diberikan amanah dan kepercayaan untuk menarajui negara dan membela nasib rakyat khususnya orang Melayu, tetapi apa yang mereka telah buat? Khianat, mungkir janji, menindas, menipu, merompak dan merampas harta milik orang Melayu.
 

Ingatlah, jika orang Melayu terus terpedaya dengan kenyataan Mahathir dan pemimpin UMNO lagi, orang melayu bukan sahaja menjadi pengemis bahkan akan hidup merempat, menumpang malahan mungkin dihalau dari negara ini oleh penjajah baru nanti apabila hutang negara yang dibuat oleh UMNO tidak lagi mampu dibayar maka negara akan dijajah semula oleh pemberi hutang selama ini.

Jangan dengan wang sogokan yang diberikan oleh UMNO yang hanya sekadar boleh dibuat belanja untuk seminggu dua, orang Melayu terus percaya dan terpedaya sedangkan untuk jangkapanjang nasib orang Melayu bakal mengundang bahaya akibat angkara pemimpin UMNO sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO ini terus hidup senang lenang, harta bertambah-ruah.

Apakah kita lupa pesanan Nabi supaya kita sentiasa berdamping dengan orang baik, warak, alim, amanah, adil? 


Mengapa mesti kita terus memuja, menyanjung manusia yang jelas rosak akhlaknya, rosak iman dan aqidahnya, rasuah, meyeleweng, khianat, penipu dan kaki maksiat? 

Apakah kita mahu dikumpulkan bersama mereka juga di akhirat nanti?
 

Pendusta agama, pencela syariat, penghina ulama disanjung, dilantik sebagai pemimpin sedangkan pembawa kebenaran, penegak keadilan, penyelamat negara dan bangsa dijauihi, dihina, difitnah dan dimusuhi. 

Islam apa kita ini? Islam baka dan Islam sekadar pada kad pengenalan sahajakah?

Insaflah segera wahai orang Melayu. Apa yang berlaku selama ini adalah angkara UMNO, bukanya Pakatan Rakyat kerana UMNO yang memerintah negara selama ini. 


Jangan gadai nasib negara dan nasib bangsa lagi, cukuplah setakat ini. Tanah orang Melayu tergadai, tanah orang Melayu dirampas, tanah orang Melayu dijual, Islam dan syariat Allah boleh dihina sesuka hati oleh pemimpin UMNO dan sekutu mereka yang bukan Islam, angkara siapa semua ini? 
  
UMNO! UMNO! UMNO!Hentikan semua ini dengan menolak UMNO seratus peratus dalam PRU13 nanti.

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=740

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.