Friday, October 19, 2012

SUAMI KETUA WANITA UMNO DAH MULA SALAHKAN KEMENTERIAN PERTANIAN YANG DIKETUAI NOH OMAR !


Kalau mengikut kata Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Mohd Salleh Ismail yang juga SUAMI kepada KETUA WANITA UMNO iaitu Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil... yang BERSALAH dalam KEMELUT NFC adalah KEMENTERIAN PERTANIAN yang diketuai oleh Datuk Seri Noh Omar (DSNO)... kerana MENANGGUHKAN PEMBINAAN Pusat Penyembelihan Berkualiti Eksport (EQA)... dan meminta PEGUAM NEGARA BERTINDAK ADIL... kerana dari Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) ada menyebut yang akan mengambil TINDAKAN SIVIL bagi mengutip semula pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada Syarikat tersebut... kah kah kah !.

Agak-agak lu orang SIAPA YANG SALAH ?... kalau mengikut KENYATAAN Menteri Pertanian DSNO bahawa Projek NFC telah MENCAPAI SASARAN... walaupun dalam masa tiga tahun hanya 5742 EKOR DISEMBELIH bermakna LEBIH KURANG 5.5 EKOR LEMBU disembelih dalam SATU HARI... itu cerita dari Menteri Pertanian DSNO diawal-awal TEMBELANG NAK PECAH... dan kalau mengikut pula kata PEGUAM BURUK (Lawyer Buruk) Yb Ibrahim Al-Kataki yang mana JUALAN HARIAN NFC telah mencapai RM150 RIBU SEHARI... dalam bentuk TUNAI sahaja mencecah sehingga RM10 ribu ke RM20 ribu... tunai ini lan yang diselewengkan oleh pegawai NFCorp yang dipecat.... seterus nya menjual maklumat NFCorp kepada Pembangkang... kah kah kah !.

Itu serba sedikit ringkasan cerita PENIPU CAMPUR LAWAK yang dapat gua berikan semasa KEHANGATAN KEMELUT NFC... kalau lu orang teliti beb... ringkasan cerita PENIPU CAMPUR LAWAK tersebut... dari awal sampai SEKARANG satu pun TAK ADA YANG BETUL... mana nya nak betul kalau dah namanya MENIPU... yang seorang cakap Projek NFC menepati sasaran... walaupun lembu yang disembelih hanya lebih kurang 5.5 ekor sehari dalam masa tiga tahun... yang LAWYER BURUK dah tentu lah MEROYAN CAMPUR MERABAN... ialah sembelih 5.5 ekor sahari tapi jualan mencecah RM50 ribu... kah kah kah... lu orang bayangkan lah macam mana BESAR nya lembu NFC tersebut... kah kah kah !.


Hari ni pulak SUAMI Ketua Wanita Umno dah mula MENYALAHKAN Kementerian Pertanian yang Menteri nya adalah DSNO... menurutnya "Penangguhan pembinaan Pusat Penyembelihan Berkualiti Eksport (EQA) itu antara lainnya menjejaskan pengeluaran daging lembu dan menyebabkan pembinaan kemudahan berkaitan – kilang makanan ternakan dan loji biogas tertangguh... Selain itu ianya turut menyebabkan penangguhan ke atas program pembangunan usahawan (EQA)"... kalau dah kata Menteri Pertanian MENEPATI SASARAN... dan kata Layer Buruk jualan harian mencecah RM50... serta boleh megadakan Perniagan berasakan DAGING LEMBU di SINGAPURA... apa kena mengena PENANGGUHAN Pusat Penyembelihan Mengadakan Perniagaan Berkualiti Eksport (EQA)... kah kah kah !.


Ini yang gua bertambah HERAN beb... Pusat Penyembelihan Berkualiti Eksport (EQA) apa ?... yang hendak digunakan kalau lembu yang hendak DISEMBELIH hanya 5.5 ekor SEHARI... kah kah kah... sedangkan Pusat Penyembelihan tersebut BERTARAF EKPORT... manakala TUJUAN ASAL NFC ditubuhkan adalah bagi MEMENUHI KEPERLUAN DAGING LEMBU untuk PASARAN dalam NEGARA... dan jikalau Menteri Pertanian mengatakan pada mula KEMELUT NFC TERBONGKAR bahawa ia telah MENEPATI SASARAN... tak kan 5.5 ekor lembu disembelih sehari telah MENEPATI SASARAN dengan PINJAMAN MUDAH RM250 juta serta DITAMBAH DENGAN GRAN KERAJAAN yang sudah tentunya diberi PERCUMA... agak-agak lah beb kalau ya pun TERPAKSA MENIPU... yang Lawyer Buruk nya pulak cuba nak MEMPERBODOHKAN RAKYAT dengan HASIl JUALAN YANG TINGGI dari 5.5 ekor lembu yang disembelih... kah kah kah !.  


hemmmmm..... ok lah cakap dengan dsno gua up lagi 4.5 ekor sehari untuk jadikan 10 ekor sehari... kemudian cakap kat lawyer buruk ibrahim ali yang rm150 ribu jualan sehari bahagikan dengan 10 ekor lembu bermakna rm5000 bagi se-ekor lembu... lu orang rasalah berapa kilo daging lembu yang boleh dapat pada se-ekor lembu... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.