Friday, October 12, 2012

Semah, mai sat.. Cina DAP kata laki engkau tak serius


Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching
 
KUALA LUMPUR, 12 OKTOBER: Laporan Ketua Audit Negara masih belum dibentangkan di Parlimen meskipun sudah dua minggu belanjawan selesai dibahas.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkata, langkah melewatkan pembentangan laporan tersebut membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak langsung tidak serius dalam usahanya memerangi korupsi.

“Bagaimana rakyat boleh yakin dengan Perdana Menteri Najib Razak untuk benar-benar memerangi rasuah,” soalnya sambil memetik cadangan Pemandu supaya laporan Ketua Audit Negara dibentang secara berkala sebanyak tiga kali setahun yang langsung tidak dilaksanakan.

“Belanjawan itu, tidak kira berapa cantik pun ia, jika tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancang, tidak banyak beza dengan timbunan sampah,” ujar beliau dalam kenyataannya kepada media semalam.

“Oleh itu, laporan Ketua Audit Negara memainkan peranan penting untuk memastikan wang pembayar cukai dibelanjakan dengan berhemah menurut perancangan asal,” tegas beliau.

24 September lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu bahawa Laporan Ketua Audit Negara tidak akan dibentangkan dahulu bagi memberi ruang kepada pembentangan belanjawan 2013, supaya laporan tersebut tidak mencuri tumpuan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan arahan supaya laporan tersebut dilengahkan bagi memberi lebih masa untuk belanjawan dibahaskan di Parlimen.

Tahun lalu Laporan Ketua Audit Negara menjadi sumber utama pembongkaran skandal Pusat Fidlot Nasional yang dimiliki keluarga Ketua Wanita UMNO Dato Seri Shahrizat Jalil, serta pendedahan beberapa pembelian aset kerajaan pada harga melampau. – Roketkini
 
 
Warta Kerajaan Rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.