Sunday, October 21, 2012

Petikan artikel 'SURAT TERBUKA UNTUK SULTAN IBRAHIM (YEM)' - Pak Habib- Syed Hussien Al-Attas The Writer.

Otai Manjung
 
Nota Kita Semua Uncleseekers: Petikan dari Buku Setan, Syaitan, Sultan. Untuk baca lanjut, dapatkan buku dgn harga RM60 termasuk penghantaran, sila pm admin atau email ke KitaSemuaUncleseekers@gmail.com :-
- Nama penuh dan no contact, alamat penghantaran.
- Kaedah pembayaran akan dimaklumkan melalui pm atau email.

Petikan artikel 'SURAT TERBUKA UNTUK SULTAN IBRAHIM (YEM)' - Pak Habib- Syed Hussien Al-Attas The Writer.

- Saudara... Sorrylah, kalau saya tak panggil saudara dengan panggilan yang ‘Duli Maha Mulia Tuanku’ atau ‘Tunku’. Saya kenal diri dan Tuhan saya. Saya tahu asal tok nenek saudara dan asal usul saya, lagipun kita umat Islam hanya Allah saja yang layak menggunakan perkataan “Maha”, hanya Allah subhana wa taala dengan sifat dan zatNya yang berhak menggunakan perkataan “Maha”, kerana Dia Raja Sekalian Alam. Tun Dr.Mahathir memang nama dia macam tu, Mahathir begitu juga dengan motor Yamaha. 
 
Dia Yang Maha Kuasa, itu pun kita bercakap dengan Tuhan kita guna perkataan “Aku” dalam niat solat. “Sahaja aku sembahyang Subuh dua rakaat kerana Allah taala”. Tak ada pun berpatik-patik dengan Tuhan yang disembah. Aku aje. So, no big deal Bro. Saya guna perkataan kawan, awak, I, me dengan you.

- Awak bukannya ‘Tuan kawan’. ‘Kawan’ dan awak selaku makhluk yang diciptakanNya hanya bertuhankan Allah, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan kita perlu takut hanya pada Allah yang menjadikan kita. 
 
Kerana Dia, kita berada di dunia ini dan kepada Dia kita akan kembali. Hanya Allah yang Maha Agung, tak ada manusia agung melainkan dia sudah sampai ke peringkat insanul kamil, bertaraf ‘ahsanu taqwim’ seindah-indah dan semulia-mulia kejadian.

- La illa ha illaha illallah Muhammad Rasulullah. Itulah syahadat yang kita ucapkan sebagai hamba Allah, maka kawan hanya takut pada Allah. Hanya Allah yang Maha Kuasa. 
 
Tidak bergerak sesuatu melainkan gerak Allah. Awak tak boleh marah “aku” guna perkataan “kawan” sebagai ganti nama ‘aku’, suka hati akulah kerana aku orang Johor, dan awak pun orang Johor juga. Bahasa “kawan awak” ini, bahasa orang Johor. Kalau Tok awak dulu, “Wak Neyeh Sultan Ismail menggunakan bahasa “me, you” bahasa elit Johor.

- Saudara... Allah Tuhan kita. Nabi Muhammad Rasul dan Nabi kita, Al-Quran imam kita, Kaabah kiblat kita dan orang Islam adalah saudara kita. Sejak bila dalam Islam ada kasta? Ada manusia yang dipuji macam dewa? Berada di atas undang-undang.

- Negara kita sudah merdeka hampir 55 tahun, nampaknya yang betul-betul merdeka di negeri Johor adalah saudara dan kerabat diraja Johor boleh bermaharajalela di atas jalan raya, ada askar sendiri, apa polis yang ikut saja perintah kerabat diraja. 
 
Perangai macam itu amat tidak disenangi oleh penduduk negeri Johor. Awak jangan lupa bahawa sudah tidak ada lagi status “rakyat Johor” seperti di zaman Tok awak, Sultan Ibrahim ketika menjadi sultan. 
 
Akibat mengkritik Sultan dalam Sunday Mirror, Dato’ Onn dibuang negeri ke Singapura. Onn Jaafar dan keluarga terpaksa hidup sebagai nelayan di Singapura. Sedangkan Dato’ Onn bin Jaafar adalah adik ipar sultan. Cik Dara, kakak Dato’ Onn adalah isteri Sultan Ibrahim.

- Brother...Mak awak orang Inggeris, awak bukanlah anak raja yang pertama berasal dari England. Helen Bartholomewa adalah wanita Inggeris pertama yang menjadi Permaisuri Johor, isteri Sultan Ibrahim yang ditabalkan sebagai permaisuri bergelar Sultanah Helen. Apakah salah kawan panggil awak ‘Brother’ ? Ini panggilan popular hari ini. Lagipun kita orang Islam ini bersaudara. 
 
Tak salah gua panggil lu Bro kan, baru sama frequency dan wave length. Bila bercakap dengan bahasa rakyat ini kita lebih mesra, tak ada ‘shoulder length’, baru hidup silaturrahim, macam kita bercakap dengan Tuhan semasa solat yang mustahak ‘niat’. Semua amal bermula dengan niat.

- "Ingat-ingat Tengku, yang akan ditanya oleh Allah Ta’ala segala hal rakyat kepada rajanya pada hari kemudian. Dan siapa lagi kalau bukan Tengku yang mula sekali masuk neraka adalah segala raja-raja yang zalim ke atas rakyatnya... 
 
Maka janganlah Tengku kira orang yang menjadi raja itu terlebih besar dan terlebih mulia daripada rakyatnya melainkan orang yang terkecil lagi hina adanya. Iaitu hamba segala hamba Allah." (Kisah Pelayaran Abdullah Munshi)

- Saudara... Rakyat di Malaysia umumnya dan bangsa Melayu khususnya telah menempuhi banyak daerah perubahan di sepanjang sejarahnya. Peri laku dan cara berfikir saudara patut turut berubah sama, kalau tak berubah nanti rebah. Dulu rakyat tak ada pilihan melainkan percaya bulat-bulat apa yang tersiar di media massa arus perdana yang di miliki oleh mereka yang berkuasa. 
 
Itu dulu, dulu lain sekarang lain nyanyian Tan Sri SM.Salim. Anak-anak zaman dulu, takut dengan ibu bapa, takut dengan guru, dengan perkataan derhaka. Itu dulu. Sebab itu jangan kerana awak bergelar Sultan awak fikir awak boleh bersultan di mata beraja di hati.

- Kita kini berada di era milenium, anak murid tak takut guru, anak tak pedulikan ibu bapa, rakyat tidak takut kerajaan. Inikan pula Raja-Raja, anda perlu dikejutkan supaya tak terus terlena. Di dunia tanpa sempadan di mana media baru yang tak memerlukan percitakan beritanya tersebar diseluruh dunia dimana ikan kecik boleh makan ikan besar. Jika anda tak sedar, demi masa sesungguhnya anda hidup dalam kerugian.

- Saudara kena ingat, kuasa yang ada setakat ‘amanah’. Sepatutnya Johor sudah tak ada raja lagi. Sultan Mahmud tak ada keturunan, digantikan oleh Sultan Abdul Jalil anak Tun Habib, tiba-tiba muncul Raja Kechil yang menjadi anak gundik berperang dengan Sultan Abdul Jalil, akhirnya anak Bendahara Tun Habib yang lari dibunuh di Pekan mati dan kuburnya di Kampung Marhom Pekan.

- Perbuatan awak yang angkuh dan sombong menunjuk-nunjuk kuasa dan kekayaan boleh memporak perandakan institusi Raja-Raja, akibatnya ramai saudara kerabat di negeri yang boleh sakit jiwa dibuatnya nanti, bila tersedar yang rakyat hari ini ramai yang tak suka pada raja tetapi suka mahu jadi anak raja, apa lagi boleh jadi Tengku Mahkota atau Raja Muda macam anak awak, Ismail yang merasakan dirinya Prince Charles. 
 
Orang kampung tahu kerabat diraja Johor buat kesalahan apa saja dengan mudah terlepas dari undang-undang mereka yang ada kuasa boleh tutup sebelah mata. Ingat, patience has its limit. 
 
Jangan sampai cacing naik ke mata. Kucing bila terdesak dipersok boleh bertukar menjadi harimau. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya, apa jadi kepada Institusi Raja jika BN kecundang PRU ke-13 nanti?

- Rakyat mula bertanya sampai bila para VVIP boleh hidup seperti The Rich and Famous dengan tak payah bekerja tetapi boleh hidup di dalam beberapa buah istana sedangkan rakyat nak dapat rumah PPRT teramatlah susahnya.

- Pergaduhan rakyat dengan kerabat diraja bermula awak dengan Kamal Hisham, kemudian dengan Nizar, lepas itu dengan Uncle Seekers ini tidak patut dibiarkan berlarutan. 
 
Biarpun saya duduk di Wilayah Persekutuan dan ada Alattas University of Life di Janda Baik (Hantu) Pahang, saya lahir dan kahwin di Johor masih merasakan diri anak Johor. Pertama, menepuk air di dulang merecik ke muka sendiri. 
 
Kedua, sejak adanya blog, facebook, twitter, the angry young man the freedom fighter sudah mula naik angin akibat Yang Maha Halia. Saya bimbang keberanian beberapa blogger yang sudah jadi kucing yang dihenyak ke dinding bertukar menjadi harimau.

- Apakah dengan menangkap dan memenjarakan Syed Abdullah bin Syed Hussien Al-Attas dan mereka yang dituduh mengaibkan Sultan Johor tidak akan menjadi satu malapetaka kepada kerabat diraja di seluruh Tanah Melayu seperti bola hoki yang menghilangkan imuniti Raja-Raja bermula dari Johor? Lu pikir la bro..

- Sebab itu alangkah baiknya jika saudara dapat menerima apa yang berlaku dengan tenang dan penuh rasional. Tak ada untung bergaduh dengan mereka yang ada media. Pena itu lebih berbahaya dari peluru berpandu. Jangan nak marah tidak tentu pasal dan libatkan polis. 
 
Kita hidup dalam negara demokrasi, Sultan sekadar lambang, Sultan tidak ada hak rasmi kerajaan. Awak tak ada apa-apa kuasa sekadar lambang sahaja. Yang penting kesultanan bukan Sultan, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangga. 
 
Bawa bertenang, jika kepala panas biarkan dada dingin, jika hati panas, kepala perlu dingin. Marah adalah musuh manusia terbesar yang ada didalam manusia.

- Pergaduhan dan peperangan tidak akan menyelesaikan masalah. Lebih-lebih lagi yang berkaitan harta benda, mati satu sen tak boleh di bawa ke kubur. Tengok apa sudah jadi bukan mudah mahu membersihkan nama yang sudah rosak akibat menerima nasihat orang keliling yang jadi parasit, yang cinta dunia takut mati.

- Sepatutnya saudara sebagai Ketua Agama menjadikan diri kamu sebagai ikon pada rakyat. Apakah satu hari nanti kita cuma sanggup berkata;

- “Bahawa pada satu masa dahulu negara kita ini adalah sebuah negara yang indah, permai, aman dan damai tetapi akibat kelalaian, kesombongan dan kezaliman Raja kita, negara ini sudah bertukar menjadi padang jarak padang terkukur”. Seperti apa yang berlaku di Iraq. Kesombongan, kekejaman Saddam Hussien dan Muamar Gaddafi.

- Inilah kebimbangan saya yang menyebabkan saya terpaksa sekali lagi menulis Surat terbuka kepada saudara dan saya bertawakal kepada Allah kerana saya sedar sebesar-besar jihad ialah berani berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.