Sunday, October 14, 2012

Petanda BN Sabah Di Ambang Kehancuran - Posted by Addin

 

Semakin ramai tokoh korporat dan pemimpin BN di Sabah mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan menyatakan sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.

Terbaru, seorang lagi tokoh koporat Sabah, Dr Richard Sakian Gunting mengisytihar keluar BN dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS).

Selain Richard, empat pemimpin BN termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) turut sama meninggalkan parti pemerintah itu dengan membawa ribuan penyokong dan ahli Umno dan PBS.

Kata Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen, pengumuman dibuat depan Anwar Ibrahim dan disaksikan ribuan rakyat di Jalan Assam, Lahad Datu.

Richard dari keturunan Murut itu pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Koko Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institut Pembangunan Sabah dan Ahli Majlis Perbandaran Nabawan.

Beliau kini Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Desa, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Bekas Adun Lahad Datu, Mohamadin Ketapi, juga bekas Ketua PBS Bahagian Silam dan pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Mohamadin Ketapi, juga keluar BN.

Turut sama, bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Silam, Datu Halun Datu Abdul Karim; Ketua Umno Cawangan Sri Dewi Lahad Datu, Onga Langadai dan bekas Ketua PBS Tunku, Bolongan Panasi.

Sebelum ini, Ibrahim Menudin yang juga tokoh korporat turut keluar Umno dan menyertai KEADILAN di Wilayah Persekutuan Labuan. ~kd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.